Tealive Tawar Kasut Limited Edition ‘Tealive x Katun’ Secara Percuma Buat Peminat Bertuah
Jenama Tealive memang tak asing lagi dalam peminat bubble tea di Malaysia. Sebut sahaja Tealive, pasti warna purple yang terbayang pada mata.
Untuk peminat tegar bubble tea Tealive, tahukah korang Tealive ada buat promosi nak beri kasut limited edition hasil kolaborasi dengan pelukis ilustrasi, Katun untuk 10 peminat bertuah secara percuma?
Bukan kasut jenama biasa tau. Kasut Nike Air Force 1 dipilih sebagai kanvas contengan istimewa Katun buat peminat bubble tea jenama Tealive.
Tawaran yang sah sehingga 30 September ini adalah bersempena dengan kredit RM50 ePenjana yang diberikan kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Teruja ke tidak lihat ke’ohsem’an kasut kolaborasi ‘Tealive x Katun’ ni?