Photoshoot Ala-ala Model Profesional Berbayar? Curlas!
Korang mesti ada yang suka bergambar macam ala-ala model profesional kan? Pantang kalau OOTD lawa, confirm posing pun nak meletop. Sis Fell kalau bab bergambar memang tak nak kalah, sampai satu OOTD tuu boleh dapat berpuluh-puluh gambar. Yang photographer pun naik fed up HAHAHA lantak ah, demi secebis like kat feed kan. Sanggup! Tapi kali ni lain, kita ada photographer professional chuols.
Studio House Yang Cool!
So, hari ni Sis Fell nak share satu studio house dengan nama gahnya Culture House yang cool. Kenapa cool? Yela dia punya idea tuu macam lain daripada lain. Kat sini korang diberi peluang untuk memakai pakaian tradisional Malaysia. Tinggal pilih jer korang nak pakaian tradisi apa. Yela kita kan dah masuk bulan Kemerdekaan, apa salahnya naikkan tradisi negara kita sendiri. Boleh lah post masa hari Merdeka, 31 Ogos nanti. Baru anak jati Malaysia gittuw!
Duduk Jer Terus Meletop Lawa!
Yang bestnya, korang tinggal wujud jer kat situ. Semua dorang sediakan. Korang datang jer pilih pakaian tradisional mana yang korang nak. Dah siap tukar baju tuu, korang just duduk jer. Ada Aunty Siti cantik manis akan siapkan light makeup korang dan touch up rambut/tudung korang untuk pasangkan aksesori mengikut pakaian yang korang pilih. So tak payah nak risau, tahu tahu jer korang tetiba meletop.
Servis Tip Top, Tinggal Posing Jer!
Bila korang dah meletop letop tuu korang masuk studio dorang kat sebelah. Korang akan nampak abang handsome dah get ready, korang tak payah malu-malu. Abang handsome tuu cool gila, korang posing lah macamana pun. Dia onz jer. Entah entah dia yang minta korang posing extra. Sebab dia memang nak make sure customer puas hati. Mana tahu boleh repeat kan! Sebab worth it gila hockayyy.
Ha Berapa Harga? Nah Pakej, Mur Mur!
Korang boleh try usha sendiri. Memang berbaloi lah. Kalau korang nak buat benda fun fun tapi nak dapat gambar yang instagrammable, boleh lah try. Ajak lah bff korang, partner korang atau family korang. Cool kot kalau ada gambar professional sendiri, level-level model chuols! Mana tahu lepas ni orang ajak photoshoot berbayar sebab gambar korang macam model kan. HIHI
Gambar Meletop!
Haa apa yang Sis Fell cerita ni memang benda yang Sis sendiri experience. Seronok weh. Kira macam benda rare lah nak try bila keluar dengan kawan, partner & family. Asyik lepak kafe jer. Baik lah santai bergambar. Nah Sis Fell hasil daripada Culture House!
So, Santai Mana? Santai sini lah kat Culture House di Menara Kuala Lumpur (KL Tower). Gambar korang boleh cantik, cun, lawa & confirm meletop lah. Semua onz lah. Kalau korang nak tahu “Instagrammable Spot” mana lagi Sis bersantai, jangan lupa LIKE & FOLLOW Facebook SantaiSini.Asia.