Hanya Perlu Modal RM5.90 Untuk Buang ‘Bulu’ Pada Baju
Bila kerap sangat dibasuh, sesetengah baju akan jadi berbulu. Bila dah berbulu, baju akan nampak tak kemas dan buruk. Konklusinya, sama ada baju tersebut disimpan saja dalam almari atau pun dibuang. Dah jadi pembaziran.
Nak tahu trick tak sebenarnya bulu-bulu pada baju ni boleh dibuang dengan hanya perlu modal RM5.90? Jom tengok macam mana Saida Zarifah buang bulu pada baju dan jadikan baju tu nampak macam baju baru.
Guna Clothes Lint Remover. Ya, jangan tak percaya hanya dengan beli Clothes Lint Remover, bulu-bulu yang jadi punca baju baru nampak macam baju lama boleh hilang.
Boleh didapati di Daiso, pelaburan RM5.90 sangatlah berbaloi untuk hasil yang mengagumkan ni. Tak perlu perap simpan baju dalam almari dah sebab sayang nak buang. Guna je bahan ni baju nampak macam baju baru.
Tutorial:
Kalau masih sayang nak keluarkan modal RM5.90, bolehlah guna pisau pencukur yang sedia ada. Hasilnya sama sahaja.
Selamat mencuba!