Bukan Hanya Untuk Masakan, Ketahui Kebaikan Kunyit Untuk Kecantikan
Kunyit yang tergolong dalam keluarga halia sering kali digunakan dalam masakan. Warnanya yang kuning menjadi ‘penarik’ untuk masakan kelihatan lebih sedap untuk dimakan.
Tapi tahukah korang, sebenarnya kunyit ni bukannya boleh digunakan semata-mata untuk masakan sahaja? Ada 1001 kebaikan kunyit yang bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi juga kecantikan kulit. Antaranya:
1. Buat kulit lebih glowing
Sudah dibuktikan oleh ujian saintifik, kunyit yang dicampurkan dengan yogurt apabila disapu ke kawasan muka mampu menjadikan kulit lebih remaja dan lembut. Ala-ala masker gitu.
2. Fat burner
Kalau nak tahu, kunyit sebenarnya membantu dalam menghalang pembentukan lemak dalam badan. Bukan setakat tu, kunyit juga ada super power yang mampu membakar lemak-lemak dalam badan korang tu. Nak kurus? Ambillah air kunyit selalu.
3. Buang sel kulit mati
Kulit jadi kusam apabila sel-sel kulit mati masih ada pada permukaan kulit. Tak perlu beli skrub dah, kunyit ternyata mampu menjalankan tugas menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan di wajah. Kalau risau kulit rosak sebab skrub, bolehlah cuba gunakan kunyit.
4. Jerawat dan kulit berminyak
Bukan setakat kulit jadi glowing tapi juga bebas jerawat kalau korang selalu amalkan kunyit sebagai masker semula jadi setiap malam atau dua hari sekali. Kandungan curcumin yang ada dalam kunyit menjadikan bakteria dan kuman yang menjadi punca jerawat mati. Masalah kulit berminyak yang jadi punca naiknya jerawat pun dah tak ada.
5. Kedut
Ramai wanita berusia akan rajin menggunakan kunyit lepas tahu kunyit mampu menghilangkan kedut-kedut di wajah. Nutrisi yang terkandung dalam kunyit didapati dalam melewatkan proses penuaan kulit. Caranya, campurkan kunyit bersama yogurt dan parutan timun. Amalkan setiap minggu, pasti hasilnya tak mengecewakan.
Mudah sahaja kan? Boleh berjimat banyak dah lepas ni. Tak perlu skincare yang mahal-mahal, guna je bahan masak kunyit yang ada dekat dapur.
Selamat mencuba!