Vans Hasilkan Koleksi Kasut Edisi Khas Bersama The Simpsons
Sebut sahaja The Simpsons pasti terbayang sitkom animasi dari Amerika Syarikat yang mana majoriti watak-wataknya berwarna kuning.
Sering menghiburkan orang ramai dengan sindiran-sindiran kepada masyarakat termasuklah kebudayaan Amerika Syarikat, Vans kali ini mengambil kesempatan menjalankan kolaborasi edisi khas bersama siri animasi popular ini.
Koleksi yang turut disertakan bersama baju, beg, topi dan jaket ini pastilah menjadikan para peminat Vans dan The Simpsons hype untuk memiliki kesemuanya.
Sudah berada di pasaran bermula 7 Ogos lalu, design yang ditawarkan pasti tidak menyebabkan peminat kecewa kerana kesemuanya masih mengekalkan originality siri tersebut.
Ditawarkan dengan harga serendah RM39, jangan lepaskan peluang untuk kumpul semua daripada koleksi edisi khas Vans x The Simpsons ini. Bukan setakat untuk orang dewasa, untuk kanak-kanak pun ada tau.