‘Kasut Kotor’ Ini Dijual Dengan Harga Setinggi RM3,000
Pengeluar kasut, Converse dikecam teruk selepas mengeluarkan rekaan ‘kasut kotor’ yang dijual dengan harga €70 atau RM347.05.
Kemunculan ini telah mengundang rasa tidak puas hati peminat Converse yang merasakan tidak wajar untuk berbelanja setinggi itu demi mendapatkan sepasang kasut kotor.
Tampil dengan warna klasik biru dan putih, reka bentuk kotor kasut The Chuck Taylor All Star Basic Wash ini dikatakan bagi menampilkan kelainan daripada kasut-kasut lain yang boleh didapati dalam pasaran.
Namun, cubaan ini nampaknya gagal memuaskan hati para peminat Converse.
Sebelum Converse, beberapa jenama mewah lain turut pernah mengeluarkan fesyen kasut kotor ini antaranya Gucci, Balenciaga dan Vetements yang mana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih tinggi daripada harga sepasang kasut Converse ini.
Koleksi ‘kasut kotor’ Gucci mencecah RM3,000 (2018)
‘Kasut kotor’ dari koleksi kolaborasi Vetements bersama Reebok RM1,200 (2017)
Sebagai pengguna, adakah korang sanggup berbelanja semata-mata untuk menyokong jenama kegemaran demi mendapatkan rekaan kasut kotor sebegini?