Suka Picit Jerawat? Ini 4 Jenis Makanan Yang Bantu Hilangkan Parut
Jerawat yang pergi pasti meninggalkan bekas jerawat. Tak kisahlah yang sekadar bekas hitam atau bekas-bekas lubang, semuanya telah mencemarkan kejelitaan kulit.
Ada beberapa cara boleh menghilangkan jerawat, antaranya yang paling penting adalah penjagaan pemakanan. Mudah kan? Nak tahu makanan apa yang membantu menghilangkan parut jerawat di muka? Jom teruskan membaca.
1. Ubi keledek
Menurut portal Hello Doktor, ubi keledek yang kaya dengan vitamin A boleh menyembuhkan kulit kerana mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Sebabkan kandungan anti-oksida yang tinggi, ubi keledek banyak membantu dalam mengukuhkan sistem imun badan dengan kurangkan keradangan pada kulit.
Bukan sekadar bantu kurangkan parut, ubi keledek juga bantu cegah kedutan tau.
2. Bayam
Kalau nak tahu, ramai yang mengalami masalah jerawat dikenal pasti kurangnya khasiat zink. Walaupun bukanlah penyembuh yang efektif untuk masalah parut jerawat tapi ambil makanan yang kaya dengan zink mampu membantu dapatkan kulit yang sihat.
3. Flax seed
Ramai yang tak tahu, flax seed ni terkenal sebagai superfood yang mengandungi sejuta kebaikan untuk kesihatan. Kaya dengan kandungan omega-3, flax seed membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak yang boleh membantu anda dapatkan kulit yang lebih sempurna.
4. Lada benggala kuning
Tahukah anda, warna kuning sebenarnya merupakan petanda adanya kandungan vitamin C di dalamnya? Haa, jangan tak tahu vitamin C dari lada benggala kuning ni mampu membantu kulit dalam menghasilkan kolagen yang membawa kepada kulit yang lebih sihat.
Selain daripada empat jenis makanan ni, anda juga boleh gunakan beberapa tip lain untuk hilangkan jerawat, contohnya dengan menyapukan ais, hirisan tomato, aloe vera, timun atau bedak sejuk di kawasan berparut.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Yagon Life