Kempen #EcoBeautySquadMy Mencari Bintang Baru
Jenama kecantikan terkemuka Korea, THE FACE SHOP telah memulakan pencarian bintang tempatan baharu di Malaysia sempena dengan Kempen #EcoBeautySquadMY sejak 6 Julai lalu.
Bertujuan untuk mencari personaliti muda yang mewakili etos kecantikan sebenar dan semula jadi jenama ini kempen ini menggalakkan setiap orang untuk ‘Berani Menjadi’ atau ‘Dare to Be’ diri mereka sendiri.
THE FACE SHOP mahu peserta mengekspresikan tema tersebut dengan cara mereka sendiri menyerlahkan kecantikan semula jadi, kekuatan dalaman dan keinginan mereka untuk menjadi pencetus trend yang berani.
“Dengan pencarian di seluruh negara di Malaysia dan Singapura, kami ingin mencari bakat baharu yang berkongsi falsafah kami dan menghayati pendekatan bersih, sederhana dan semula jadi yang didukung oleh THE FACE SHOP. Kami berharap dapat membentuk mereka menjadi bintang besar media sosial yang seterusnya,” kata Steven Jeong, Pengarah Perniagaan LG Household & Health Care Sdn Bhd.
Pada peringkat awal, 100 peserta yang disenarai akan berpeluang menghadiri bengkel maya bersiri yang pertama di Malaysia, dimulakan dengan kursus pengenalan dan diikuti dengan tiga sesi bertema.
Bengkel ini akan diketuai oleh mentor dan personaliti media sosial popular dan berbakat, Venice Min. Beliau akan membimbing peserta mengenai teknik dan strategi untuk berjaya dalam dunia digital yang mana setiap bengkel akan memberi fokus kepada topik-topik tertentu diikuti dengan cabaran penyingkiran untuk mengenal pasti siapa yang layak ke peringkat seterusnya.
Tiga pemenang cabaran terbaik yang terpilih dari setiap bengkel akan menerima hadiah menarik. Di penghujung bengkel, 10 finalis akan dipilih untuk sertai acara finale seharian yang akan diakhiri dengan pengumuman pemenang Hadiah Utama.
Pemenang #EcoBeautySquad Malaysia akan menerima pakej Hadiah Utama yang lumayan termasuklah kontrak 12 bulan bersama THE FACE SHOP, bekalan rangkaian produk THE FACE SHOP untuk 12 bulan dan banyak lagi yang mana jumlahnya mencecah RM20,000!
Anda rasa anda berbakat dan berani untuk terima cabaran? Jom sertai kempen ini sebelum tarikh tutup penyertaan pada 16 Ogos ini.
Untuk maklumat lanjut anda bolehlah layari website THE FACE SHOP atau follow Facebook dan Instagram rasmi diorang.
Selamat mencuba!