Tip Putihkan Gigi Yang Selamat Menurut Doktor Gigi
Masalah gigi kuning boleh sebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Nak senyum pun kena sorok gigi, lagi pula nak bercakap. Bila Google cara nak hilangkan kuning gigi dekat internet macam tak meyakinkan je.
Sedar dengan kerisauan orang ramai, seorang doctor gigi, Dr Sri Viknarajan menerusi website Doctor On Call telah berikan beberapa cadangan untuk dapatkan gigi lebih putih dan sihat.
Mula-mula kita kena tahu dulu apa punca yang menyebabkan gigi jadi kuning dan kebanyakannya disebabkan lifestyle yang tak sihat macam merokok, minum kopi dan malas gosok gigi antara sebab utama masalah ini berlaku.
Veneer
Veneer atau sarung gigi memang agak mahal sikit namun kesannya boleh bertahan sampai bertahun-tahun. Dengan lambakan produk tiruan, adalah lebih baik untuk dapatkan rawatan veneer ni di klinik gigi terus.
Untuk pasang veneer, doctor akan trim bahagian permukaan gigi sebelum saiz dan bentuk gigi diambil untuk hasilkan acuan sebelum dipasang. Yang menariknya, korang boleh pilih nak warna putih tu macam mana.
Tujuan pemasangan veneer agak berbeza dengan crown gigi sebab veneer lebih kepada kecantikan dan crown gigi adalah untuk jaga keselamatan gigi yang lemah.
Whitening
Kaedah whitening lebih murah dari veneer sebab tempoh bertahannya tak lama iaitu sekitar 6 hingga 12 bulan je. Untuk buat whitening, korang boleh terus pergi je dekat mana-mana klinik gigi bertauliah.
Jangan risau whitening tak akan buat permukaan gigi terhakis tetapi segala karang yang ada dekat gigi akan dibuang guna kaedah scaling.
Baking soda
Kaedah ni lebih mudah dan murah. Cuma perlukan kerajinan sikit. Setiap kali lepas berus gigi, gunakan air yang dah dicampurkan dengan baking soda. Ratio untuk campuran ni: 1 sudu baking soda dan 2 sudu besar air biasa. Baking soda akan bantu tanggalkan plak-plak degil yang terkumpul dekat gigi korang tu.
Kalau rasa guna baking soda biasa tak selamat, korang beli je produk putihkan gigi yang ada jual dekat farmasi. Pastikan dia ada kandungan baking soda atau hydrogen peroxide. Produk ni lebih selamat dalam proses putihkan gigi tanpa beri kesan pada lapisan enamel gigi.
Cara penjagaan gigi yang sihat:
- Jangan merokok
- Berus gigi sekurangnya dua kali sehari.
- Guna berus gigi yang lembut dan ubat gigi berfluorida.
- Kerap flos gigi terutamanya lepas makan.
Lepas dah tahu apa punca gigi kuning ada baiknya kita elakkan tabiat-tabiat tu. Merawat kan lebih baik dari mengubati.
Kredit gambar utama: Prevention