Tip Buang Blackhead Tanpa Perlu Picit Hidung
Masalah blackhead memang buat kita rasa tak selesa. Selalu terjadi pada kulit jenis berminyak, kulit akan nampak berlubang-lubang dan berbintik hitam. Kalau picit biasanya akan tinggalkan parut, dah tambah satu lagi masalah kulit lain.
Cara apa yang perlu buat selain dari picit?
Ais
Balut ais dengan kain dan letakkan pada bahagian hidung selama 30 saat. Jika ada masa, buatlah dua kali sehari. Kalau sibuk, buatlah sebelum tidur. Nyaman juga kena ais sebelum tidur kan?
Putih telur
Putih telur memang banyak sangat kebaikannya. Selain daripada naikkan seri muka dan jadikan kulit lebih smooth, putih telur boleh tarik blackhead dan minyak-minyak berlebihan keluar dari kulit.
Caranya, pukul telur putih dan sapukan pada muka. Lapikkan kawasan yang dah sapu putih telur tu dengan kapas atau tisu. Bila putih telur dah betul-betul kering, tarik kapas atau tisu tadi. Dalam seminggu buatlah dalam dua atau tiga kali. Mesti puas hati.
Gula
Campuran gula, minyak zaitun dan sedikit lemon boleh dijadikan sebagai skrub natural untuk kulit.
Caranya campurkan bahan-bahan tadi dan sapu perlahan di kawasan muka, terutamanya di kawasan hidung. Biarkan dalam 15-20 minit sebelum bilas. Kalau nak ada bau-bau wangi sikit bolehlah tambah serbuk kayu manis. Lagi segar nanti.
Timun
Sebut pasal kecantikan kulit, mustahil untuk tinggalkan timun sebab timun banyak membantu dalam merawat dan mencantikkan kulit wajah.
Sapukan pada muka sebelum ditekap dengan kapas atau tisu.
Cara hilangkan blackhead dengan timun mudah je. Sama macam cara guna putih telur. Cumanya kisar dulu timun untuk dapatkan ekstrak (jangan campurkan dengan air).
Yogurt
Tidak hanya untuk diet, yogurt boleh bantu untuk buang minyak berlebihan pada kulit. Bila minyak berlebihan pada kulit dapat dikawal jadi tiada lagilah masalah blackhead.
Caranya sapu yogurt pada muka atau kawasan kulit bermasalah dan biarkan sekitar 10 minit sebelum dibilas. Nak hasil yang lebih baik, buatlah selalu.
Mudah sahaja kan? Tak perlu dah nak picit-picit hidung. Guna je barang-barang ni untuk buang blackhead. Kuncinya kena rajin dan konsisten.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Complete Skin Solutions