3 Jenis Pakaian Yang Buatkan Korang Nampak Lebih Besar Dari Saiz Sebenar
Selain daripada corak, jenis pakaian memainkan peranan penting dalam nampakkan seseorang tu lebih ‘kecil’ dari saiznya yang sebenar.
Nak tahu pakaian apa yang korang kena elak supaya tak nampak lebih besar?
1. Skinny jeans
Mungkin ada setengah orang suka pakai skinny jeans ni, tapi hakikatnya paksa kaki korang dibalut dengan jean ketat ni mungkin akan menyebabkan peha korang nampak lebih besar dari biasa. Kalau ada masalah pinggul besar lagilah menambahkan rasa tak selesa bila pakai skinny jeans.
Dari skinny jeans, pilihan yang lebih selamat adalah slim-cut jeans, tak pun jean jenis boot-cut. Guideline jenis-jenis jean boleh tengok dekat contoh gambar bawah:
2. Pakaian terlalu ketat/longgar
Paksa diri pakai pakaian terlalu ketat memang pilihan yang sangat salah. Apa kata biar badan ‘bernafas’ sikit dengan pakaian yang tonjolkan potongan anda dengan cara yang lebih natural.
Pilih saiz yang betul, maknanya tak terlalu ketat dan tak pula terlalu longgar sampai nampak selekeh. Senang kata, pilihlah pakaian yang ‘emphasize your curves’.
Contoh yang salah:
Contoh yang betul:
3. Corak
Kalau korang dalam kategori badan jenis chubby, elakkan pilih corak yang melintang. Sebab corak melintang beri ilusi badan yang lebih lebar. Pilih corak menegak atau bunga-bunga kecil untuk beri ilusi lebih kecil dan comel.
Contohnya, corak baju yang wanita di sebelah kiri hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai tubuh yang kecil dan kurus. Dan corak pakaian wanita di sebelah kanan pula sesuai untuk tubuh wanita yang berbadan besar.
Kalau nak selamat, pilihlah baju tanpa corak.
Untuk tampil lebih yakin dan kemas, orang berbadan chubby ni perlukan effort lebih sikit dalam berfesyen berbanding mereka yang lebih kurus. Tapi yang penting jangan sampai hilang keyakinan diri pula tau.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Styles At Life