Tip Penting Elak Foundation Bercapuk
Yang ada masalah kulit muka berminyak memang selalu sangat kena masalah ni. Foundation bercapuk macam tepung gomak dah rupanya.
Nak tahu tip elak make-up bercapuk?
Cuci muka terlebih dahulu
Sebelum pakai sebarang make-up pastikan cuci muka dulu supaya kotoran macam kulit mati dapat disingkirkan. Lepas dah cuci, pastikan pakai bahan asas skincare macam toner, pelembap dan serum.
Face primer
Face primer ni bukan sahaja penting untuk nampakkan kulit lebih licin, tapi juga menghalang make-up masuk terus ke kulit dan jadikan kulit lebih seimbang dan rata.
Tarikh luput
Jangan main pakai sahaja sis. Kena ambil tahu tarikh luput make-up supaya nanti tak lah kulit rosak. Kadang-kadang, foundation yang dah expired ni punca bercapuk-capuk jadinya.
Guna jari
Mungkin ada orang suka guna beauty blender. Tapi kalau nak tahu, ratakan foundation guna jari lebih jadikan foundation cantik je terletak dekat muka. Tapi kalau selesa guna beuty belnder, kena rajinlah tonyoh-tonyoh lama sikit tau.
Kredit gambar utama: Mac Cosmetic