Nak Tudung On Point, Sis Ken Kenal Dulu Bentuk Muka
Untuk gadis-gadis yang berhijab, perkara yang boleh menyebabkan mood lari ialah bila tudung tak on point. Senget sana senget sini. Senang cakap tudung karipap lah.
Kalau nak tahu, untuk dapatkan tudung on point, sis kenalah tahu dulu bentuk muka tau. Supaya senang lepas ni nak bergaya pakai tudung, nampak cantik je tudung terletak atas kepala.
Sebelum tu kena tahu dululah bentuk muka sis jenis apa. Haa, rujuk gambar bawah ni untuk mudahkan pemilihan.
Dah tahu bentuk muka, jom tengok gaya mana yang sesuai pula. Kita pergi kepada empat bentuk muka asas, bulat, hati, panjang/lonjong dan empat segi.
Orang cakap muka lonjong ni lah paling senang nak buat tudung nampak jadi dekat muka dia. Tapi kalau tak nak nampak macam lonjong sangat muka tu, sis boleh try lipat tudung dengan gaya bulat. Tuudng tak ada kon, melekat sikit di dahi. Dengan cara ni nampak sikitlah muka sis yang lonjong tadi agak berisi.
Kalau bentuk muka jenis empat segi gaya yang paling sesuai adalah kebelakangkan sikit tudung supaya nampak mata. Bila tudung dah ke belakang sikit, muka tak akan nampak tembam sangat.
Muka jenis bulat kalau nak nampak lonjong kena lipatkan tudung di bahagian atas (dekat kening). Bentukkan macam kon tajam dan hasilnya pipi lebih runcing.
Orang yang ada muka bentuk hati ni kalau lipat tudung tak boleh yang melekat di dahu. Kena lipat bagi ada bentuk kon sedikit mulai dari bahagian paras mata. Dengan lipatan macam ni, tak adalah nampak sangat dahi sis luas.
Senang je kan? Apa lagi, nanti bolehlah praktikkan. Alaa, tapi kan sis… Sebenarnya buatlah gaya apa pun, kalau sis tampil dengan lebih yakin, memang nampak cantik jelah.