Petua Cepat Dapat Rambut Lebat Dan Sihat
Masalah rambut gugur ini bukan sahaja dialami oleh perempuan tetapi juga lelaki. Rambut yang semakin nipis boleh jadi punca seseorang hilang keyakinan diri. Kalau lelaki memang boleh botak tapi macam mana pula dengan perempuan?
Jangan stress stress dah. Kami ada beberapa petua yang boleh anda amalkan untuk lebatkan rambut secara semula jadi tanpa perlu ke spa.
1. Santan kelapa
Ratakan santan kelapa di kepala, urut sehingga ke kulit kepala dan biarkan santan kering kira-kira sejam sebelum bilas. Amalkan setiap minggu, pasti hasilnya nanti buat anda terpegun.
2. Minyak zam zam
Mungkin ada setengah orang tak suka minyak zam zam sebab baunya yang kuat. Tapi khasiatnya memang tak dapat disangkal lagi. Rambut semakin kuat dan lebat. Tak ada dah masalah rambut gugur yang teruk. Mana nak beli? Cari je dekat kedai runcit atau kedai jamu. Mesti ada punyalah.
3. Daun bunga raya
Kalau depan rumah banyak sangat bunga raya, bolehlah petik daun dia untuk lebatkan rambut. Caranya mudah je. Ramas daun bunga raya dalam air hingga keluar lendir dan cuci kepala gunakan air tersebut. Urut urut sekejap sebelum bilas.
4. Tabiat makan
Nak rambut kena kena jaga makan tau. Bukan semua benda boleh taram habis. Amalkan makanan sihat yang kaya dengan zat besi, zink dan vitamin macam buah-buahan, kekacang, sayuran dan hindarkan makanan berminyak.
5. Jangan stress
Ini tip paling penting tau. Stress inilah punca rambut gugur. Jaga emosi, jaga stress dan sentiasa berfikir positif akan bantu anda dapatkan rambut idaman secantik Anzalna.
Kredit gambar utama: Studio99