3 Bahan Dapur Rahsia Flawless Macam Artis Korea
Wanita dan cantik memang tak dapat dipisahkan. Setiap wanita pastinya nak kulit mulus dan gebu tanpa cela. Barulah rasa yakin untuk keluar rumah. Tapi nak dapatkan kulit flawless macam artis Korea pastinya perlukan skincare yang mahal.
Haaa, kami ada penyelesaiannya. Tak perlu beli produk mahal-mahal, hanya guna 3 bahan dapur ni je, hasil dia sama macam kulit orang Korea, gebu!
1. Tomato
Umum tahu, tomato memang sinonim dengan kecantikan kulit. Gunakan tomato sebagai mask setiap malam, anda boleh perasan kulit akan nampak lebih glowing dan cerah seawal tiga hari. Siap ada natural blush tau. Pori dan parut pun jadi lebih pudar.
2. Tepung pulut
Untuk kulit selembut bayi, anda boleh amalkan petua orang dulu-dulu guna tepung pulut sebagai mask. Bukan setakat lembut, jerawat pun takut nak singgah. Daripada habiskan beribu untuk skincare, baiklah cuba cara tradisional ni. Murah dan senang nak dapat pula tu. Caranya bancuh dengan air, jangan cair sangat. Biarkan solution tu likat dan sapu di wajah.
3. Yogurt asli
Yogurt bukan untuk makan je tau tapi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk cerahkan kulit. Caranya sapu rata je yogurt di seluruh muka dan biarkan kering. Nak hasil paling bagus, amalkan tiga kali seminggu. Guna masa sejuk pun sedap je rasanya. Nak blend sekali yogurt dengan tomato pun boleh. Double action nanti.
Mudah je kan. Dah tak perlu skincare mahal-mahal, guna je barang yang ada dekat dapur. Lebih jimat. Yang penting lepas ni boleh tampil lebih yakin. Tiada lagi masalah kulit kusam. Yey!
Kredit gambar utama: Miro Medium