5 Kafe ‘Photo-Worthy’ wajib singgah di Melaka
Dalam geng pun korang confirm ada sorang yang kaki ‘kafe hoping’ smua kedai kopi dia nak p, tak pekena kopi sehari tak sah pastu dapat pulak dia jenis kaki bergambar kan. Tak sah lah kalau tak bergambar tu. Pantang ada port cun untuk bergambar, confirm lekat.
Kita nak kasi share sikit 5 kafe yang tengah hit dan korang wajib singgah bila datang ke Melaka. Bukan satu dua gamba je dapat, penuh satu phone pun boleh. Dekorasi yang klasik dan trendy. Bukan satu dua gamba je dapat, penuh satu phone pun boleh. Boleh la satu geng hirup minuman dengan penuh style.
Kafe Tuju
Terletak di tengah bandar Melaka , kafe tuju ni sangat simple dan klasik. Staff dorang pun friendly kalau nak bergambar, dorang siap tolong amik kan dengan penuh artistic.
Di Kafe ni dorang popular dengan Nasi Padang Bowl. EH pilih utk pair kan nasi padang ni dgn Lemonade. Refreshing sangat pekena Lemonade dengan cuaca panas Haredang Melaka ni. Kalau nak duduk sini sorang-sorang baca buku pun layan. Tmpt dia sangat vintage dan cozy sesuai dengan siapa- siapa pun. Banyak gamba cantik dan cool dapat di ambil di sini.
Lokasi: No 5, Lorong Jambatan, Kampung Pantai 75200 melaka
Waktu Operasi 1pm- 10pm (Setiap hari waktu pkp)
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
The Daily Fix
Berada di dalam Next KK shop. Dekat sini sambutan dia sangat luar biasa. Meriah! Pukul 10pg buka ramai dah terpacak depan kedai kalau datang lambat sikit dalam pukul 10.40 macam tu. Sila lah beratur panjang tunggu turn anda untuk menikmati hidangan di sini.
Environment dekat sini sangat busy sampai tak menang tangan staff bekerja untuk penuhi order pelanggan tapi masih sangat selesa. Datang sini jangan lupa ambil gambar dari kerusi rota bergantung, betul-betul di depan pintu masuk, dkt tingkat atas bangunan juga selalu menjadi “hot spot” untuk kaki-kaki bergambar. Menu pihan EH dekat sini Salmon Egg Benedict dia, di Pair kan dengan Matcha Latte. Memang menarik dan lazat!
Alamat: 55 Jonker St, Melaka
Waktu Operasi: 9.30am – 5.30pm
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
Heesan kopi
Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Heesan kopi. Ramai pelanggan datang ke sini bukan sahaja untuk menikmati kelazatan makanan di sini malah mengambil gambar untuk dimuatnaikkan ke dalam Instagram masing-masing. Dari luar kedai sampai la sudut belakang kedai confirm ada yang tengah bergamba OOTD. Banyak sudut untuk bergambar. Satu kedai macam-macam gambar berbeza boleh dapat.
Sarapan pagi di sini sangat sedap dan berbaloi. Rasa tak cukup nak tambah berkali kali.
Alamat: 100 Jalan Hang Jebat 75300 Bandar Melaka
Waktu Operasi: 9am – 7pm
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
Peranakan Place
Datang ke Melaka tapi tak cuba makanan kacukan Baba dan nyonya boleh di kira merugikan. Peranakan Place ini lebih kepada restoran dan di antara salah satu tempat makan yang wajib di kunjungi.
Kalau lepak petang-petang nak pekena cendol di sini. Memang Terbaik! Dekorasi di dalam sangat nostalgia, di penuhi dengan mangkuk tingka, budaya yang sering di gunakan penduduk Malaysia pada suatu masa dulu sebagai bekas makanan. Menu Asam Laksa dan Mee kari menjadi pilihan ramai ketika EH brada di sini. Sangat sedap dan sangat nostalgia.
Alamat: 54 jalan hang jebat, Melaka 75200 Bandar Melaka
Waktu Operasi: 10am- 10pm
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
Navy Cafe
Navy Cafe berada di kawasan berdekatan Jonker Street, Melaka. Tempat letak kenderaan betul-betul di jalan-jalan lorong. Keadaan di Navy Cafe sangat tenang dan selesa. Sekali imbas terasa seperti kafe-kafe yang ada di Bali. Boleh la bergambar ala-ala di Bali tapi sebenarnya di Melaka. Tak payah pergi jauh- jauh. Smoothies bowl menjadi pilihan di cafe ni. Pilihan sesuai untuk mereka yang tak mahu makanan berat tetapi mahukan hidangan yang sihat.
Alamat: no.5 Jalan Hang Lekiu 75200 Bandar Melaka
Waktu Operasi: 9am – 10pm Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook