SeUngu Semperit
Kemeriahan sambutan hari raya pasti kurang umphh tanpa kehadiran biskut-biskut raya yang tersusun di atas meja di pagi raya. Pelbagai biskut raya yang tradisional atau moden menjadi santapan kita sejak bertahun-tahun lamanya. Kalau korang, apa biskut raya favourite korang? Kalau min suka biskut semperit. Saat ia cair di mulut, wahhh syoknya!
Kalau selalunya, biskut semperit berwarna putih je kan. Kali ni resepi yang dikongsikan dari group ‘Masak Apa Hari Ni (MAHN) oleh seorang pemilik akaun yang bernama Fatimah Ali ini pasti akan membuatkan kalian semua teruja. Silap-silap, tengok gambar pun dah meleleh air liur dibuatnya. Hal ini kerana, oleh sebab biskut semperit putih terlalu biasa, Puan Fatimah bijak bereskperimen dengan warna dengan menjadikan semperit buatannya berwarna ungu!
Pasti cantik kan?
Di sini min sharekan dengan korang resepi semperit lavender cara Puan Fatimah ni.
Bahan-Bahan:
- 250g Buttercup.
- ½ cawan susu pekat
- 1sk esen vanila
- 1 sudu besar tepung beras
- 500g Tepung Jagung
- Pewarna kesukaan
- Coklat chip
Cara-Cara:
- Butter, susu dan esen vanila disatukan dalam bekas
- Kacau biar sebati sahaja, tak payah pukul sangat
- Kemudian masukkan tepung beras
- Diikuti tepung jagung. Sikit demi sedikit
- Gaul sehingga sebati
- Akhir sekali bahagikan kepada dua bahagian jika nak buat dua warna
- Ambil sedikit untuk hijau, untuk bahagian bawah
- Selebihnya warna kesukaan
- Masukkan warna hijau dalam acuan dan tekan sedikit sahaja untuk dapatkan yang bawah
- Kemudian ambil warna bahagian atas..tekan atas warna hijau..ulang sampai. Penuh loyang
- Letak coklat chip
- Biarkan 15 minit… di luar… sebelum dibakar dalam oven..
- Panaskan oven… dgn off fan
- Suhu 160o.
- Bakar lebih kurang 40-45 minit bergantung kepada oven masing2.
Info Tambahan:
- Hijau acuan plastik pecah 8
- Purple acuan plastik pecah 9
Perkongsian ini membuatkan ramai yang teruja akan hasil biskut semperit lavender ini. Malah, ramai juga antara komen yang menyatakan biskut ini terlalu cantik sampai sayang hendak makan.
So, apa pendapat korang pulak guys? Mesti dah tak sabar nak masuk dapur kan!
Selamat mencuba!