Senggugut Menggugat Emosi
Wanita dan period memang tidak dapat dipisahkan. Malah, ada di kalangan wanita ini yang didatangkan dengan pakej ‘period pain’. Mengambil perkongsian di akaun Twitter oleh pemilik akaun @datininaz ini menjelaskan senggugut atau lebih dikenali sebagai PMS (Pre Menstrual Symptoms) melibatkan emosi.
PMS selalunya akan terjadi dalam 3 hari sebelum period dan kekal sehingga 3 hari semasa period bergantung kepada seseorang itu. Apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut, bukan hanya fizikal mereka yang menderita malah, emosi juga turut terganggu. Hal-hal kecil juga boleh menyumbang kepada pergaduhan yang besar jika emosi tidak stabil.
Menurut @datininaz, beliau mengamalkan beberapa tips untuk mengurangkan senggugut yang dialaminya. Antaranya yang diamalkannya adalah:
1. Makan panadol pink
Menurut @datininaz, ianya adalah 100% selamat dan jangan percaya mitos kemandulan atau rahim akan rosak jika makan ubat ini. Panadol Menstrual ini mudah didapati, dan harganya tidak mahal, hanya RM5.50.
2. Bertungku
Menurut @datininaz, bagi korang yang masih paranoid tidak mahu minum ubat, bolehlah guna cara tradisional yang dimodenkan ini. Terdapat pelbagai jenis tungku moden samada yang perlu ditambah air panas atau yang perlu dicas menggunakan cable.
3. Menyapu Minyak Panas
Beliau mencadangkan Minyak YuYee cap Limau sebab kerana panas minyak ini tidak menyakitkan! Minyak ini sangat menyenangkan dan dapat mengurangkan sakit perut/pinggang/bahu/kepala. Minyak ini bukan sahaja murah, malah tahan lama dan senang didapati.
4. Minum air campuran halia dan madu
Menurut @datininaz, air campuran halia dan madu ini sangat membantu mengurangkan senggugut. Buat air halia campur madu, rebus kejap. Jika anda boleh tahan pedas halia, boleh lebihkan halia dan minum ketika suam.
Selain itu, jagalah pemakanan dan rajinkan bersenam bagi mengurangkan kesakitan ini. So girls-girls sekalian, since dah tahu cara bolehlah kita amalkan ye. Mudah-mudahan berhasil buat kita juga. So, lepas ni jangan pulak jadikan alasan senggugut untuk bergaduh dengan boyfriend pula ya.
Sumber: Twitter @datininaz