Matangkah kita?
Jika dilihat pada buah-buahan, buah yang sudah matang bermaksud sudah boleh dipetik dan dimakan. Namun, bagaimana pula untuk mengukur tahap kematangan seseorang? Adakah dapat dilihat dari luaran atau ianya sesuatu yang tersembunyi di dalaman?
Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin di Facebook miliknya ini mungkin dapat menjawab persoalan samada kita sudah matang atau belum.
Menurut Firdaus:
Bila kita matang…
Tak suka kat sapa2 pun kita tak akan post apa2 di media sosial yang tuju kat dia, yang memerli atau menyindir dia kerana kita tahu bahawa tiada guna utk memberitahu satu dunia tentang ketidaksukaan kita pd insan tersebut… Ini antara kita dan dia sahaja, cukup, tak perlu melibatkan org lain.
Bila kita matang…
Kita tak akan stalk org yang kita tak suka tu untuk up to date dgn apa yang dibuatnya, untuk mencari kesalahan dan kesilapannya supaya kita boleh menceritakannya kepada org lain dalam bentuk umpatan ataupun fitnah… Kita hanya fokus kepada kehidupan sendiri sahaja.
Bila kita matang…
Kita lebih banyak berdiam diri apabila kita diumpat, difitnah, diperli dan disindir. Hal ini kerana, tiada guna untuk menjelaskan kepada mereka akan perkara yang sebenar kerana hakikatnya mereka tetap tidak akan boleh menerima penjelasan kita.
Bila kita matang…
Kita tidak akan cepat melenting dan terkesan dengan perbuatan-perbuatan mereka yang kurang senang dengan kehidupan kita kerana kita tahu yang sebenarnya kehidupan kita adalah jauh lebih baik lagi daripada mereka dan kita dah selangkah di depan mereka.
Kita adalah “role model” mereka kerana mereka selalu menjadikan kita sebagai fokus utama dalam kehidupan seharian mereka…
Be proud of that gaiss…
Jadi korang, ayuh semak baik diri kita. Jika sebelum ini kita bertindak tidak matang, mungkin inilah saatnya kita mula memperbaiki diri agar tidak terlalu bertindak mengikut emosi. Ayuh, sama-sama jadi matang, okay?
Sumber: FB Firdaus Shakirin