Kenali Karakter Anda
Setiap manusia semestinya mempunyai karakter dan personaliti diri yang tersendiri kan? Karakter yang berbeza-beza inilah yang menjadikan setiap manusia itu unik. Iyalah, kalau semua orang karakternya sama sahaja, sudah pasti kehidupan seharian kita jadi hambar dan bosan kan?
Menurut Mir Hazil, dalam ilmu psikologi, ada pandangan tentang kecenderungan sistem fikiran yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Beberapa pendapat juga menerangkan kecenderungan otot tubuh ada hubungan dengan kecenderungan cara kerja otak ini. Lalu terhasillah beberapa teori diagnosis bagi mengesan kecenderungan otak samada ia kanan atau kiri yang memiliki karakteristik atau personaliti berbeza.
So, korang tahu tak apa kecenderungan otak korang? Cuba tengok ujian kecenderungan yang dikongsikan oleh saudara Mir Hazil di facebooknya ini, mana tahu ianya betul-betul tepat dengan karakter korang.
Berikut adalah cara untuk menyemak kecenderungan fikiran korang:
Ujian 1 – Gengam Kedua Tangan
Cuba tepuk kedua tangan kanan dan kiri serta terus menggenggam kedua tangan (grasp). Perhatikan susunan jari-jari yang berselang seli jari tangan kiri dan kanan. Perhatikan susunan yang mana berada di atas – ibu jari kanan atau kiri??
Selepas itu, anda boleh mencuba sekali lagi. Cuba anda ubah kedudukan tersebut. Menurut Mir Hazil, anda tentu sahaja boleh mengubah kedudukan jari tersebut, namun anda akan dapat rasakan kedudukan jari mana yang lebih selesa kerana setiap orang pasti ada satu keterbiasaannya. Jadi kedudukan jari yang mana yang lebih selesa dan spontan?
Kanan atau kiri??
Seterusnya… sila buat ujian ini pula.
Ujian 2 – Peluk Tubuh
Semasa memeluk tubuh, perhatikan posisi tangan kita… Lengan mana yang di atas?
Lengan tangan kanan atau kiri?
Setiap orang ada posisi selesa semasa memeluk tubuhnya. Jika diubah… ia rasa tidak sempurna.
Posisi ini dipengaruhi dengan sikap mental.. ada minda kiri dan ada minda kanan. Dan sikap mental atau minda ini ada pengaruh psikologinya, perwatakannya, sikap, kata-kata, karakter dan sebagainya.
Anda bagaimana? Mana yang di atas? Kanan atau kiri?
Kini Lihat Hasilnya:
Susun hasil ujian 1 + ujian 2 , kita akan dapati ada 4 kategori personaliti iaitu:
Kanan – Kanan
atau
Kanan – Kiri
atau
Kiri – Kanan
atau
Kiri – Kiri
So, korang dah cuba ke? Apa keputusan korang? Boleh share dengan min tak? Apa pun keputusannya, ingatlah setiap karakter itu adalah unik!.
Sumber: FB Mir Hazil