Dilarang Merentas Negeri
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, banyak sektor-sektor pekerjaan sudah mula beroperasi. Namun, kerajaan menegaskan bahawa perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan. Walaupun begitu, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang ingkar akan arahan kerajaan dan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Kebanyakan mereka merentas negeri adalah untuk tujuan menyambut hari raya yang bakal tiba bersama-sama keluarga di kampung.
Tidak dinafikan, ramai yang berasa sedih apabila tidak dapat menyambut perayaan bersama keluarga tersayang, namun demi memutuskan rantaian virus Covid-19 ini, kita digalakkan untuk terus kekal di rumah dan elakkan berkumpul di tempat orang ramai. Salah seorang selebriti yang menurut seruan kerajaan agar tidak pulang ke kampung halaman adalah pelakon tersohor Malaysia, Rosyam Nor.
Kredit: Ig @iamrosyam
Dalam posting di akaun instagramnya, Rosyam Nor menyatakan beliau menyahut arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tidak melakukan rentas negeri bagi menyambut hari raya bersama keluarganya. Menurut Rosyam, walaupun jarak rumahnya ke rumah ibunya yang terletak di Kampung Melayu Subang mengambil masa hanya sepuluh minit, beliau tetap tidak mahu merisiko kan kesihatan ibunya apabila pulang ke kampung. Usia ibunya yang berumur 80 tahun membuatkan beliau dan adik beradiknya yang lain mengambil keputusan untuk tidak pulang beraya di kampung pada tahun ini.
Sebuah banner juga dipasang di hadapan rumahnya. Menurut Rosyam, banner yang tertulis “Kami keluarga BiahSudin (Wok) mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Mohon maaf, tahun ini kami sekeluarga tidak menerima kunjungan, Hanya video call aje” digantung dengan tujuan untuk memberitahu walaupun mereka adik beradik tidak pulang, namun beliau takut orang lain pula datang berkunjung.
Ini kerana, setiap kali raya, rumah ibunya akan menjadi tumpuan beratus anak cucu dan anak cucu saudara kerana dalam keluarga ibunya, hanya ibunya sahaja yang masih hidup. Oleh itu, akan ramai orang yang akan datang bertandang nanti. Beliau memohon maaf kepada semua dan menyatakan ini adalah untuk kebaikan bersama.
Kredit: Ig @iamrosyam
Apa pendapat korang? Bagus kan tindakan yang diambil oleh Rosyam Nor ni. So, kalau Rosyam Nor pun boleh stay at home, korang jangan la pulak gatal-gatal nak rentas negeri ye. Tak pasal-pasal kena kompaun nanti.
Sumber: Ig @iamrosham