Anda Dilanggar? Jangan Panik!
Kemalangan jalan raya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kadang kala, kita telah berhati-hati dan memandu dengan penuh hemah di jalan raya namun, ada pula yang datang melanggar kita. Jika terlibat dengan kemalangan, jangan cepat panik khususnya kepada kaum wanita. Sikap panik hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Pemilik akaun @carputapp berkongsi langkah-langkah yang perlu di ambil jika terlibat dalam kemalangan kecil. Menurut Carput, ramai orang apabila terlibat dalam kemalangan kecil, mereka selalunya memilih untuk tidak mengalihkan kereta dan terus menyebabkan masalah trafik. Kononnya, tak boleh claim insurans selagi polis / valuer insurans x sampai.
Ini adalah mitos!
Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan :
1. Kenalpasti Situasi & Hidupkan Lampu Kecemasan
Kenalpasti kecederaan diri / penumpang. Lihat persekitaran sama ada kita dalam posisi yang bahaya. Terutama sekali jika kemalangan berlaku pada waktu malam.Sekiranya anda di atas highway yang sunyi di waktu malam, segera alihkan kenderaan ke laluan kecemasan. Ini kerana, ada kemungkinan kereta belakang anda memecut laju dan gagal brek sekiranya anda di tengah jalan.
2. Ambil Gambar Kereta Yang Melanggar Anda
Carput menyatakan paling penting untuk anda mendapatkan nombor plate kereta pesalah untuk tuntutan insurans dari keretanya. Lebih baik, sekiranya anda ambil gambar roadtax di cermin keretanya. Boleh minta pesalah untuk alihkan kereta ke tepi untuk berbincang.
3. Bergaduh = Buang Masa
Kereta anda tidak akan dapat dibaiki dengan pergaduhan. Seeloknya, ajak pesalah untuk ke balai polis dan report polis. Tetapi, jika pesalah enggan ke balai polis dan ajak settle tepi? Apa yang harus dilakukan?
4. Semak sama ada roadtax pesalah masih aktif
Kemungkinan pesalah yang ajak ‘settle tepi’, sama ada mereka malas nak melalui prosedur polis atau mereka takut kerana roadtax tak hidup. Untuk kes roadtax mati, anda perlu lakukan tuntutan melalui mahkamah. Pastikan anda dapatkan maklumat peribadi pesalah, sebaiknya gambar IC pesalah. Tuntutan mahkamah prosesnya panjang. Sekiranya anda nak terima ‘deal tepi’, pastikan nilainya berbaloi.
5. Report Tetap Report (Dalam 24 Jam)
Sesetengah kesilapan pemandu, bila pesalah bayar pampasan secara cash, mereka terus anggap ianya selesai. Beberapa hari selepas itu, tiba tiba pihak polis call. Pesalah dakwa pula kita yang langgar lari. Haa, kan dah pening kepala. So, di sinilah cover report tu penting. Untuk mengatakan yang kita di pihak yang benar. Dan untuk kemalangan, report perlu dibuat dalam 24 jam ya. Jangan tangguh.
6. Cari Bengkel Panel Insurans
Bengkel yang akan lakukan urusan tuntutan dari A-Z berbekalkan report polis yang anda buat. Anda hendaklah mencari bengkel yang berpengalaman untuk elakkan kereta anda terkandas di bengkel terlalu lama.
7. Anda Tuntut Insurans Pesalah, Bukan Insurans Anda
Selagi anda didapati tidak bersalah, anda akan melakukan tuntutan insurans ke atas kereta pesalah. Jadi, NCD anda tidak akan terjejas. Jangan risau.
Amacam korang? So girls, kalau lepas ni korang terlibat dalam kemalangan, jangan terburu-buru menangis ya. Cuba korang selesaikan dulu mengikut panduan yang Carput kongsikan ini. Apa-apa pun, berhati-hati di jalan raya!