Sediakan Payung Sebelum Hujan
Wanita berdikari tidak mengharapkan bantuan lelaki untuk memajukan diri sendiri. Sebaliknya, mereka lebih gemar melangkah sendiri sehingga dapat mencapai apa jua yang diingini. Wanita yang berfikiran jauh ke hadapan dan merancang masa hadapan dengan sebaiknya mampu menjadi inspirasi bukan hanya kepada wanita lain malah, mungkin buat kaum lelaki juga. Perkongsian dari saudara Azizul Azli Ahmad di ruangan facebook miliknya mungkin dapat memberi inspirasi kepada gadis di luar sana.
Menurut Encik Azizul, perkongsian yang dinamakan #TabungGadis ini menceritakan langkah yang perlu diambil oleh para gadis dalam memajukan diri sendiri terutama setelah mereka mula bekerja. Beliau mengingatkan bahawa pada peringkat awal bekerja, para gadis boleh memberi ‘reward’ kepada diri sendiri dengan membeli tudung berjenama. Namun, setelah setahun bekerja, adalah rugi jika wang gaji disalurkan untuk membeli bulu mata palsu semata-mata.
Beliau berkata, adalah lebih baik jika wang berkenaan digunakan untuk membeli sebuah rumah kecil dan sederhana. Setelah itu, jika ingin melangsungkan perkahwinan, rumah itu boleh lah ‘refine’ dan akan dapat lihat perbezaan nilainya. Selepas itu, jika mahukan perkahwinan yang glamour sudah tidak menjadi masalah. Namun, beliau mengingatkan bahawa bersederhana adalah lebih bahagia.
Tambahnya lagi, rumah yang kecil itu bolehlah dijadikan rumah sewa dan biarkan penyewa kekal bayar rumah anda. Ia pelaburan kecil namun tetap bermakna. Seterusnya, anda boleh meminta pasangan anda untuk membeli rumah yang baru walaupun anda telah mempunyai rumah sendiri. Jangan terlalu bermurah hati kerana ia merupakan sumber pendapatan sampingan anda.
Encik Azizul turut mengingatkan bahawa ianya adalah sebagai langkah persediaan buat para gadis kerana kita tak tahu sampai bila sang suami akan senang, sihat, bahagia dan kekal ada cinta dilubuk hatinya.
So, jangan lupa sediakan payung sebelum hujan ya girls.
Sumber: FB Azizul Azli Ahmad