Rambut Rosak Bikin Jiwa Sesak!
Pernah dengar tak orang kata rambut itu mahkota wanita? Haa, maksudnya rambut ini adalah salah satu bahagian terpenting pada diri seseorang wanita. Rambut yang bermasalah pasti merunsingkan kaum wanita lebih-lebih lagi bagi yang bertudung kan? Sudah banyak syampu atau ubat rambut yang digunakan, namun rambut masih tetap bermasalah.
Kalau begitu, petua penjagaan rambut dari rakan kita yang dikongsikan di Twitter @noriessamalin ini mungkin dapat membantu masalah rambut korang. Bahan-bahan yang digunakan adalah lebih murah dan senang didapati.
1. Air Garam
Noriess menyatakan bahawa fungsi garam pada kulit kepala adalah untuk menutup rapat liang-liang di kulit kepala dan akan menghalang rambut daripada gugur. Noriess juga menambah air garam juga boleh digunakan dengan cara selepas syampu, rendamkan kepala dan rambut dalam air garam selama 3-5 minit. Urut kepala dengan perlahan supaya air meresap ke dalam kulit kepala dan bilas.
2. Kacang Hijau
Kandungan zink dalam air kacang hijau boleh menormalkan hormon yang mengatur perkembangan rambut. Menurut Noriess, caranya adalah dengan rendam kacang hijau semalaman, tapiskan dan ambil airnya. Kemudian, air kacang hijau tu dilumurkan pada kulit kepala dan rambut sambil2 urut kulit kepala supaya air kacang hijau dapat serap dengan baik dalam kulit kepala. Fungsi air kacang hijau ni adalah untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsangkan pertumbuhan anak rambut.
3. Santan Kelapa
Fungsinya adalah untuk menghitam, melebat dan mengelakkan rambut gugur. Caranya adalah dengan lumurkan 250-500ml santan ke kulit kepala dan rambut, balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini turut membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar.
4. Yogurt
Yogurt mestilah yang asli. Caranya dengan sapukan ke seluruh kepala dan rambut, balut dengan tuala dan biarkan selama 30 minit dan bilas.
5. Aloe Vera
Menurut Noriess, selain dijadikan masker, aloe vera juga boleh digunakan untuk merawat rambut dengan cara menyapu gel aloe vera pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bilas. Noriess menambah jika tidak mempunyai pokok aloe vera di rumah, anda boleh membeli gel aloe vera yang dijual di farmasi.
Hurmm, tak sangka kan banyak betul cara merawat rambut yang boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah sahaja. So, mesti korang pun tak sabar nak try kan !
Sumber: Twitter @noriessamalin