Berputus Asa? Sememangnya Tidak!
Sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat semakin ramai peniaga-peniaga yang muncul menjalankan business mereka dari sekecil-kecil perniagaan di tepi jalan sehinggalah perniagaan yang mencapai keuntungan berjuta-juta. Umum kita ketahui, banyak kelebihan berniaga ini.
Bahkan itu, golongan selebriti juga tidak terkecuali untuk mengusahakan perniagaan. Salah satu darinya adalah bekas peserta Akademi Fantasia ke 5 (AF5), Norsyarmilla Binti Jirin atau lebih dikenali dengan nama Mila Jirin.
Mila mengusahakan business pakej perkahwinan yang dinamakan Bizmilla. Namun, akibat dari jangkitan covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini, businessnya kurang memberangsangkan sehingga menjejaskan keuntungan syarikat dan juga pekerja-pekerja bawahannya.
Mila menceritakan bahawa dia memaklumkan kepada staf-stafnya tentang keadaan terkini syarikat dan menceritakan perancangannya untuk menjana pendapatan khususnya bagi menampung kos operasi dan juga kos pengurusan yang melibatkan gaji pekerja.
Mila menyatakan kesyukurannya apabila semua warga kerja Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir 2 bulan lebih. Beliau tetap positif walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir setengah juta sebulan.
Mila juga menyatakan Unit Pastri di bawah Bizmilla berjuang bersama-sama syarikat mencetuskan idea untuk menghasilkan kek-kek yang sedap. Hal ini untuk membantu masalah syarikat terutama kos pengurusan (gaji pekerja) kerana beliau tidak mahu pekerja-pekerjanya hilang punca pendapatan.
Ketabahan dan kesungguhan Mila mencari jalan meneruskan businessnya di saat yang genting ini diharap dapat membuka mata gadis-gadis di luar sana agar sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa dengan dugaan yang menimpa.
Sumber: IG @mila_jirin