Baju Selesa, Pemakai Gembira
Hi girls sekalian, walaupun raya tahun ni mungkin tidak semeriah raya-raya sebelumnya, namun persiapan raya tetap onzz kan. Bila dah sebut tentang perayaan, umumnya tidak dapat lari dari persiapan raya seperti baju raya kan. Memakai baju baju ketika hari raya juga digalakkan asalkan mengikut kemampuan dan tidak membazir.
Masa inilah media sosial dipenuhi dengan pose-pose dari gadis-gadis yang akan ber ‘OOTD’ menggayakan pakaian raya masing-masing. Namun, harus diingat ye girls, korang haruslah memilih pakaian yang bersesuaian agar tidak kelihatan ‘cacat’ dalam gambar nanti. Kalau tidak, setahun boleh murung dibuatnya.
Pemilihan baju yang tepat bukan hanya sekadar cantik di mata, malah seharusnya selesa di badan juga ya. Tips perkongsian pemilihan warna dan corak pakaian yang betul dari Penulis Blog bernama Shaa boleh membantu anda memilih pakaian yang bersesuaian khususnya di musim perayaan nanti.
Menurut Shaa, pemilihan baju mestilah bersesuaian dengan jenis dan ukuran badan seseorang. Di sini dikongsikan tips tersebut:
1. Badan gempal dan rendah
- Pilih pakaian yang berwarna gelap
- Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak melintang.
- Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk.
- Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah.
2. Badan gempal dan tinggi
- Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah
- Pilih pakaian yang berwarna gelap
- Pilih pakaian yang berbunga kecil
- Pilih pakaian yang bercorak menegak
3. Badan kurus dan rendah
- Kebiasaannya, orang sebegini sesuai memilih warna yang agak cerah
- Pilih pakaian yang berbunga besar
- Sesuai juga memilih baju bercorak menegak agar kelihatan lebih tinggi
- Selain itu, boleh padankan dengan kasut tumit yang lebih tinggi supaya kelihatan lebih dewasa dan tidak terlalu kelihatan seperti kanak-kanak remaja disebabkan faktor tubuh yang kurus dan rendah
4. Badan kurus dan tinggi
- Pilih baju yang bercorak bungaan besar
- Pilih pakaian yang bercorak melintang agar anda kelihatan lebih gempal dari tubuh anda sebenar
- Pilih pakaian berwarna terang
So korang, amacam? Lepas ni boleh la kita bereksperimen dengan pakaian kita ya. Kita kena pandai memilih pakaian, kalau tidak, bukan sahaja tidak selesa malah buruk gayanya nanti.
Sumber: Blogger Shaa