Wajah Menarik Di Musim PKP
Korang tahu tak selain dari untuk membuat kek, baking soda juga ada banyak kelebihan lain khususnya dari segi penjagaan diri dan kecantikan wajah? Haa, mesti korang tertanya-tanya apa kelebihan baking soda ni kan. Petua yang dikongsikan oleh seorang pemilik blog bernama Ruzanaibs.com ini mungkin membuka mata anda semua tentang khasiat atau petua kecantikan diri menggunakan baking soda.
1. Memutihkan Kulit
Manfaat baking soda adalah memutihkan kulit, kerana baking soda boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati di dalam wajah. Jika sel-sel kulit mati terus dibuang, akibatnya wajah pun boleh menjadi putih dan bebas dari sel kulit mati penyebab kekusaman.
Cara:
- Campurkan dua sudu besar baking soda menggunakan air sabun
- Oleskanlah ke bagian kulit wajah
- Tekan-tekan wajah anda dengan jari secara perlahan-lahan
- Bilas dengan air suam
2. Menghilangkan Minyak pada Wajah
Baking soda boleh digunakan sebagai penghilang minyak pada wajah. Jika digunakan untuk mencuci wajah, ia boleh membuat wajah menjadi kesat, bersih dan juga berkilau.
3. Membersihkan Sel Kulit Mati
Kulit yang kusam dan tidak cerah banyak disebabkan oleh sel-sel kulit mati di atas permukaan wajah. Sel kulit mati itu penyebab wajah kusam kerana sel kulit tidak boleh bergenerasi, sehingga sel kulit mati digantikan dengan sel yang baru.
Cara:
- Campurkan dua sudu besar baking soda ke dalam dua gelas air
- Campur hingga rata
- Gunakanlah sebagai pembersih wajah dengan menggunakan cairan tersebut
Baking soda bersifat exfoliant sehingga kulit wajah terasa lembut dan berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati di permukaan wajah
4. Mencerahkan Kulit Ketiak
Baking soda juga bersifat sebagai antiperspirant yang dianggap bisa membuat kulit ketiak lebih cerah. Selain alami, dibandingkan dengan deodorant baking soda lebih aman dan lebih berkhasiat dibandingkan dengan deodorant yang memiliki bahan kimia.
Cara:
- Campurkan sebanyak 4 sudu makan makan baking soda
- Sapu ke kulit ketiak
Selain mencerahkan kulit ketiak, baking soda juga boleh membuat ketiak menjadi segar begitu juga dengan baunya` (tak bau busuk dah la) Ketiak pun akan menjadi lebih bersih dibandingkan dengan memakai deodorant biasa.
5. Pemutih Gigi
Cara:
- 1 biji buah strawberi yang telah masak dilembutkan
- Campurkan buah strawberi itu dengan setengah sudu teh baking soda
- Oleskan campuran strawberi & baking soda itu ke permukaan gigi
- Biarkan selama lima minit
- Setelah itu, gosok gigi dengan berus gigi
- Kemudian berkumur hingga bersih
- Lakukanlah selama seminggu sekali, jangan berlebihan. Jika berlebihan akan ada efek sampingannya, iaitu kerosakan di lapisan teratas gigi atau lapisan enamel gigi.
Sebenarnya, ada banyak lagi ye khasiat baking soda ni seperti untuk membersihkan kuku, sebagai skrub semula jadi, penghilang bau badan dan banyak lagi. Nanti korang bolehlah tengok di blog yang dikongsikan oleh saudari kita ni. So, apa lagi guys, raya dah nak dekat ni, boleh lah cuba petua yang mudah dan murah ni. Lepas ni dah x perlulah bazirkan duit beli produk yang mahal-mahal ye. Selamat mencuba!
Kredit: Blog Ruzanaibs.com