Riang Resepi Raya
“Hi, Wassup guys”. “Jom kita start”. Siapa yang tidak pernah dengar bait ayat-ayat yang diucapkan oleh Khairul Amin ini kan? Sudah menjadi trademark beliau sebelum memulakan video masakannya pasti dimulai dengan ayat-ayat seperti ini.
Cara masakan yang ringkas beserta video penyampaian yang menarik menjadikan Khairul Amin antara golongan yang ditunggu-tunggu resepi masakannya terutama di bulan puasa ini. Sempena dengan Hari Raya yang bakal tiba ni, apa kata kita cuba resepi masakan dari beliau.
Berikut merupakan resepi mudah dari Khairul Amin.
1. No Bake Cheesecake
Bahan-bahan Crust:
- 15 keping biskut Digestive/Marie
- ½ blok mentega atau 125g
- Sejukkan selama 15 minit.
Bahan-bahan Filling:
- 500g cream cheese (suhu bilik)
- ½ tin susu pekat
- Jus perahan ½ biji lemon
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Sejukkan paling kurang 2 jam sebelum dihidang.
2. Biskut Cornflakes Crunchy
Bahan-bahan:
- ½ blok mentega atau 125g
- ¾ cawan gula icing
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- Secubit garam
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- 1 cawan cornflakes untuk adunan
- 1 cawan cornflakes untuk salutan
Cara-cara:
Bakar pada suhu 180oC selama 10-12 minit. Biskut ni tak akan kembang dalam oven. Memang mcm tu je rupa dia. Jangan tnggu sampai dia bertukar warna perang. Lepas bawa kluar dari oven biarkan dia sejuk dlu baru sentuh. Satu batch ni blh dpt dalam 20-25 cookies bergantung pada size.
3. Chocolate Chip Cookies
Bahan-bahan:
- ¾ cawan gula perang – kira-kira 150g
- ½ cawan gula pasir – kira-kira 104g
- ½ cawan mentega – lebih kurang separuh block buttercup yang petak tu
- 1 biji telur
- ½ sudu kecil bikarbonat soda
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1½ cawan tepung gandum – around 180g
- 1½ cawan chocolate chips
Cara-cara:
Bakar pada suhu 180c selama 12-15 mins.
So, korang apa lagi… bolehlah mula membaking!
Kredit resepi: @khairulaming