Pori Tersumbat? Belum Terlambat
Sudah menjadi igauan setiap wanita untuk memiliki wajah cantik berseri tanpa cela kan. Mempunyai kekurangan seperti jerawat, jeragat, liang pori yang besar, whitehead atau blackhead di wajah tentunya melemahkan semangat kita untuk tampil cantik dan berkeyakinan di luar sana.
Masalah wajah yang teruk juga bukan sahaja menyebabkan kurang keyakinan diri, malah boleh menyebabkan stress juga ya kawan-kawan. Sebab itulah, ramai di antara kita yang berlumba-lumba mencuba pelbagai produk kecantikan untuk tampil cantik berseri setiap masa.
Namun awas ya, jangan terlalu ghairah mencuba sebarang produk apatah lagi produk yang tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana takut akan merosakkan lagi wajah kita. Memang murung la nanti jadinya kan.
Jadi, hasil perkongsian dari pemilik akaun Twitter @Sarini Zainal ini menceritakan teknik untuk membuang Blackhead atau Whitehead tanpa menggunakan alatan yang mahal malah tidak membesarkan pori. Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh beliau.
Menurut Sarini, beliau menggunakan Cleansing Oil. Cleansing Oil yang diurut secara perlahan sehingga menghasilkan sedikit haba boleh mencairkan segala minyak, kotoran dan dapat membersihkan pori yang tersumbat dengan baik.
Beliau juga menyarankan untuk memilih Cleansing Oil yang bersesuaian dengan wajah. Selepas itu, urut pada muka yang kering. Urut selama 5-10 minit malah lebih baik jika diurut selama 15 minit.
Step ke-3, Bersihkan tangan. Beliau mengingatkan untuk hanya mebersihkan tangan, bukan muka. Step ke-4, ambil air suam, celupkan tangan dan urut wajah. Ulang step ini sampai rasa minyak itu berkurangan.
Untuk step ke-5, ambil cotton pad atau kain lembut dan lapkan wajah anda. Jika di bahagian hidung terdapat banyak whitehead atau blackhead ini, tekan secara perlahan dan anda akan dapati whitehead atau blackhead ini akan keluar dengan banyaknya.
Untuk step yang ke-6, ambil pencuci muka, gosokkan di tapak tangan sehingga berbuih dan urut muka anda. Selepas itu, boleh bilas dengan air sehingga tiada rasa berminyak.
Sarini juga mengingatkan wanita khususnya para remaja untuk tidak memicit muka kerana akan menyebabkan lekuk, lubang-lubang dan pori akan membesar. Apabila usia sudah meningkat dewasa, kologen akan semakin berkurang dan akan menyebabkan lekuk dan pori ini akan lebih jelas kelihatan.
Jadi, di usia muda inilah kena jaga wajah kita. Beliau juga menambah supaya tidak perlu menggunakan produk yang mahal. Cuma elakkan produk yang mengandungi harsh chemical, jangan sentuh muka atau picit muka terutama ketika kuku panjang dan sentiasa jaga pemakanan dan kebersihan.
Haa guys, amacam tips dari beliau ni? Berguna kan? So, lepas ni boleh la kita jaga wajah kita dengan baik. Siapa yang tak nak wajah cantik berseri kan? Min pun x sabar dan cuba tips ni. Selamat mencuba !
Kredit: Twitter @sarinizainal