Blush on, ladies! Tips pilih warna blusher
Well as a makeup enthusiast, Sis Tina love blushers! Dulu masa mula-mula belajar makeup, Sis Tina memang elakkan sangat sangat pakai blusher ni sebab rasa tak perlu pun untuk makeup harian dan sebab ia buatkan muka kita nampak merah sangat, pelik rasanya! Tapiii, ternyata Sis Tina silap sebab bila dah pandai pakai, blusher ni memang buat muka kita nampak fresh dan makeup lebih blend!
So today kita akan tengok tips pilih blusher yang sesuai ikut tona kulit korang. Tapi sebelum tu, kena tahu dulu jenis blusher okay. Sama macam foundation or highlighter, blusher ada jenis powder, cream, gel dan juga liquid. Fungsinya sama je cuma look je berbeza. For everyday look, boleh pilih liquid or cream sebab jenis ni nampak macam our second skin. Bila blend tu, dia macam masuk sekali dengan kulit, menjadikan kemasan blusher tu nampak natural. So, pilih accordingly, okay?
1. Kulit pale atau cerah
Kulit pale cantik pakai warna pink lembut atau brown lembut. Dark pink pun cantik, tapi kena pandai-pandai kawal supaya ia tak nampak terlalu bright dan pelik.
2. Kulit kuning langsat
Sumber: AidaSue
Ni merupakan warna kulit kebanyakan daripada kita. Warna kulit macam ni cantik pakai blusher warna warm macam warm pink, warm peach dan juga chocolate.
3. Kulit sawo matang
Bagi pemilik kulit sawo matang, pakai blusher warna bronze, red plum, dark orange atau soft brown. Hasilnya memang cantik!
4. Kulit hitam manis
Bagi kulit hitam manis, warna blusher terbaik ialah peach, apricot, coral dan juga deep orange. Warna kulit begini kurang sesuai menggayakan warna pink tapi if nak pakai pink, boleh gayakan warna bright pink untuk tampil menyerlah.
Haaa tak susah pun kan pilih warna blusher ikut jenis kulit?
So apa lagi, moh ler kita shopping blusher.