3 tips ringkas nyahkan stress!
Siapa je dalam dunia ni yang tak pernah stress? Stress is normal, when things don’t go our way, kita cenderung untuk rasa stress. Stress yang biasa-biasa okay je tapi jadi tak okay kalau ia tak terkawal. So, macam mana kaedah nak kawal dan singkirkan stress ya?
Ada ke antara korang yang stress jugak semasa dalam perintah kawalan pergerakan ni? Takpe, sini ada tips nyahkan stress okay.
Kalau Cik Tin, Cik Tin suka dengar lagu atau pun dengar alunan surah-surah sebelum tidur. Rasa tenang sangat dan bila bangun tu rasa kurang sikit stress tu. Tapi, korang boleh try jugak cara lain yang Cik Tin nak kongsikan kali ni.
1. Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja
Dengar atau baca kata-kata positif sebelum mulakan hari korang. Ia akan buatkan mood jadi lebih baik. Lagu menceriakan hati pun berkesan juga. Dengar dan dance to it! (kalau bolehlah) Kalau korang dalam train, jangan pulak buat perangai pergi menari ya! Hehe.
2. Di Pejabat
Tengahari saja dah rasa lesu? Berdiri kemudian luruskan kedua-dua tangan ke udara, tolak badan ke kiri kemudian ke kanan. Tolak dagu kamu sehingga kepala mendongak ke belakang, tunduk ke bawah, kemudian sisi ke sisi. Pasti minda dan tubuh rasa lebih segar.
3. Buat Kerja Rumah
Fokus pada tugasan harian korang. Sedang cuci pinggan? Perhatikan bagaimana air itu mengalir di tangan dan hidu bau sabun pencuci. Bila otak dah mula mengelamun, fokus semula pada pencucian untuk rasai ketenangan. Hmm personally, Cik Tin belum pernah cuba lagi tips ni tapi yes maybe boleh buat balik kerja nanti.
So, selamat mencuba!