Tips Bergaya Si Gadis Chubby
Susah tau jadi wanita berbadan besar ni, serba tak kena kalau nak bergaya tu lagi-lagi kalau kita ni berhijab. Yelah, baju dah okay tapi tiba-tiba seluar ketat pulak sebab yelah dah tu je seluar yang muat dengan kita.
Harini, Miss Gigi nak share dengan korang tips bergaya dan stailo kalau berbadan besar. Dont worry, tips ni boleh buatkan korang tampil bergaya sama macam kawan-kawan kurus korang! Hehe jom tengok!
1. Pilih design vertical bukan horizontal
2. Wear something bright. So that nanti distract orang tengok badan kita, depa akan lebih tertumpu pada warna baju.
3. Kalau korang pakai saiz L atau 12, jangan mengada pilih baju size S or 4. Baju yang super sendat akan buatkan awak nampak lebih ‘seksa’ dan tak selesa
4. Kalau pilih aksesori, pastikan ia bold dan bersaiz besar dan warna bright. Bracelet nipis ke orang rantai nipis agak kurang sesuai.
5. Jangan pilih baju yang oversize lebih. Karang nampak lagi besar badan kita. Pastikan baju tu just nice je. Kira macam compliment each other with our body.
6. Seluar potongan lurus amat sesuai dengan kita yang berbadan besar ni. Tak kisah warna bright ke apa ke janji, jangan jadi mangsa fesyen dek terlalu nak overdo.
7. Saiz pakaian dalam yang sesuai. Taknak nampak aset2 tu saggy lendut ke bawah. Kita sendiri tengok pun tak selera, apatah lagi orang lain. Penting tau!