Sweet-tooth? Sini tips kawal kegilaan makan makanan manis
Hello girls. Kita bertemu kembali dalam perkongsian tips oleh Miss Gigi. Okay Miss Gigi memang mengalami masalah suka sangat-sangat makan benda manis. Like, selepas every meal, tekak tu gatal je rasa nak makan manis tak kisahlah gula-gula ke, aiskrim ke, donut ke atau pun kek.
Macam mana nak atasinya ya? Okay so Miss Gigi harini nak kongsi dengan girls semua yang mungkin ada masalah sama. Jom semak tips ni!
1. Tolak tepi air soda
Air soda 12 auns mengandungi 39 gram gula. Jus mungkin pilihan ‘semula jadi’ tapi ia juga bukanlah pilihan yang lebih baik. Segelas jus 8 auns mengandungi 22 gram gula. Jadi pilihan terbaik adalah air mineral, air seltzer atau teh O ais tanpa gula.
2. Sarapan yang lebih berkhasiat
Ucapkan selamat tinggal kepada sugar-bomb granolas dan pilih bijirin dengan kandungan gula kurang daripada 5 gram setiap hidangan. Pilihan lebih baik? Protein bantu kawal selera makan kamu sepanjang hari. Jadi ucapkan ‘helo’ kepada scrambled eggs dengan bayam dan avokado.
3. Snack smart
Tahukah korang, nonfat vanilla Greek yogurt mengandungi lebih banyak gula tambahan berbanding satu scoop aiskrim vanila (13 gram). Manakala energy bar mengandungi jumlah gula lebih daripada had harian kamu. Pilih yogurt asli dengan beri segar atau low-sugar energy bar dengan bahan semula jadi seperti buah dan kekacang.
4. Go semisweet
Kalau korang suka makan biskut atau pencuci mulut selepas makan malam, gantikan dengan coklat hitam yang mengandungi 65 peratus koko asli. Ingat! Lebih tinggi peratus koko, lebih kurang kandungan gula di dalamnya.
5. Abaikan 3pm-junk-lust korang
Satu kajian mendapati ‘sugar monster’ di dalam tubuh korang akan bangun menjelang tengah hari kerana kawalan diri semakin berkurangan. Alihkan perhatian dengan lakukan apa-apa aktiviti seperti tonton drama atau berjalan selama 15 minit (berjalan terbukti secara saintifik dapat membantu kamu kikis keinginanmu untuk makan lebih banyak snek). Atau minum teh atau air kosong bagi memberi signal korang taknak pun makan makanan bergula.
Okay so good luck!