Lepas berkawan baik selama 17 tahun, mereka rupanya adik beradik kandung!
Dua sahabat baik ni iaitu Ashley Thomas dan Latoya Wimberly memang mempunyai banyak sangat persamaan.
Mereka mempunyai teeth gap, tulang pipi yang tinggi dan juga jenis kulit yang sama. Bukan tu je, taste fesyen dan juga muzik mereka ni sama. Pokoknya memang banyak betul persamaan lah.
Pertemuan pertama kali dalam sebuah majlis hari lahir salah seorang kawan mereka pada 2004 menjadikan mereka rapat dan tak boleh dipisahkan.
17 tahun kemudian, mereka masih rapat sangat dan takde satu hari pun yang mereka tak bergayut dengan each other dekat telefon. Wow, rapatnya, kagum Sis Tina.
Rupa-rupanya, bulan lepas, mereka dapat tahu bahawa mereka ni sebenarnya adik-beradik kandung! Laaaa patutlah banyak persamaan!
Kisah ni memang menarik sangat dan jadi viral di seluruh dunia sebab ia satu discovery yang sangat comel dan sweet!
Macam mana diorang tahu? Haa Sis Tina baca menerusi laporan CNN, diorang ni waktu tu tengah celebrate pertunangan Wimberly.
So dekat situ, diorang play video daripada zaman Wimberly kecik sampailah besar. Tiba-tiba, dalam video tu, ada kelibat ayah Wimberly iaitu Kenneth.
Then salah seorang tetamu yang merupakan kawan kepada mak Thomas (kawan baik Wimberly) tu bagitahu, dia kenal Kenneth.
Katanya, dia memang selalu lepak dengan Kenneth masa muda-muda dulu.
So bila anak Kenneth ni tunjuk gambar wanita yang claim dia merupakan kawan Kenneth ni, Kenneth mengaku kenal wanita tersebut.
Dan, dia pun ceritalah dia pernah bercinta dengan kawan baik kepada wanita tersebut yang merupakan ibu kepada Thomas.
Waktu ni, masing-masing dah terkejut dah dan tiba-tiba, Thomas mula wonder, adakah Kenneth ni merupakan bapa dia sebab dia memang tak pernah jumpa bapa kandungnya seumur hidup.
Lepas je masing-masing buat DNA test, haaa terbuktilah yang Thomas ni memang anak Kenneth!
Kata Thomas, masa dia dapat keputusan ujian DNA tu, dia sedang bekerja dan bila dia dapat panggilan telefon daripada Kenneth, dia sangat terkejut dan tubuhnya tiba-tiba menggigil.
So, Thomas pun ceritalah yang dia memang rapat sanga-sangat dengan Kenneth masa kecik dan Kenneth memang selalu menjadi ‘bapa’ kepadanya.
“Kenneth sentiasa merujuk saya sebagai salah seorang anaknya apabila kami keluar bersama-sama dengan Wimberly,” jelas Thomas.
Thomas memberitahu, dia rasa disscovery ini menyeronokkan tapi ia juga sarat emosi. Alahai, cuba bayangkan best friend korang rupanya adik korang sendiri. Mesti korang pun emosi kan?
Wimberly cakap, dia rasa happy sangat bila dapat tahu best friend merupakan kakak dia sendiri tapi dalam masa yang sama, dia rasa bersalah sebab Kenneth lebih involved dalam kehidupannya berbanding Thomas.
“Saya membesar bersama Thomas dan saya selalu terfikir, alangkah beruntungnya jika bapa Thomas boleh bersama dengannya sama seperti bapa saya selalu bersama dengan saya dalam setiap aspek kehidupan.
“Itu sesuatu yang sangat emotional,” kata Wimberly.
Eh, sedih pulak bila Sis Tina baca story ni.
Bagi Kenneth pula, dia kini fokus untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan Thomas dan juga cucunya iaitu anak kepada Thomas.
“Saya sentiasa melihat dan berjumpa dengan anak-anak Thomas dan tak pernah menyangka bahawa mereka itu sebenarnya cucu-cucu saya,” katanya.
Okay girls be right back, Sis Tina nak pergi menangis sekejap.