Jaket denim oversized IS for everyone!
Siapa sini suka pakai jaket denim oversized? Okay Miss Gigi tau ramai yang rasa its not for everyone tapi sebenarnya it is for everyone, cuma korang kenalah pandai gayakan.
I personally think kita kena ada satu jaket denim dalam almari untuk digayakan pada pelbagai occasion. Nak tahu macam mana? Jom tengok tips ini.
1. Letak atas bahu
Okay kalau korang rasa jaket tu besar sangat untuk badan korang, boleh cuba gayakan dengan letakkan di atas bahu korang. Gaya ni nampak stailo gila dan trendy sangat! Lelaki dan perempuan dua-dua akan tengok korang tak berkelip sebab terlalu stailo! Hehe. Tricknya ialah, make sure baju dalam yang korang pakai bersama jaket tu jenis body hugging sikit dan betul-betul fit dengan badan korang, okay?
2. Pakai dengan baju berwarna terang dan bercorak
Stail ni memang ramai dah buat sebab ianya trendy dan tak try hard. Jaket denim sangat universal dan akan nampak cantik sangat untuk digayakan dengan baju bercorak seperti floral atau belang-belang dan juga warna-warna terang seperti bright pink atau bright orange.
3. Pakai dengan denim juga
Siapa kata denim on denim tak onz? Cantik okay gabungan dua-dua ni. Sis Tina selalu je pakai macam ni kalau lepak hangout dengan kawan-kawan during the weekends sebab nampak stailo dan sesuai. Patu, gayakan dengan tudung plain warna hitam atau putih dan kasut warna sama. one! Korang nampak cantik sangat.
4. Pakai dengan dress ketat
Kalau korang sukakan dress ketat tapi risau aset-aset terlalu menonjol, jaket denim oversized ni lah yang akan selamatkan korang. Sarungkan aje on top of your dress and done, siap!
5. Pakai masa dinner date
Siapa kata dinner date kena pakai dress je? Denim jaket pun sesuai tau. Okay, untuk stail ni, korang pairkan dengan jeans hitam jenis skinny dan high heels atau boleh juga gayakan dengan dress putih yang feminin then gayakan dengan aksesori bold macam gelang bold atau rantai bold. Nampak glam tapi kasual.
6. Tampalkan patches
Selalu kan tengok orang tambah elemen ranggi pada jaket denim dengan motif-motif patches? Korang pun boleh buat begini dan padankan dengan mana-mana stail yang Miss Gigi dah share di atas. Nampak stail sangat!
So, yang mana satu stail favourite korang? Share lah dengan Miss Gigi!