Hubungan korang makin hambar? Mungkin ini sebabnya
Biasanya orang kata kalau dah lama sangat bercinta ni memang hubungan kita akan menjadi sedikit hambar. Eh, betul ke? Hmm tapi apa puncanya?
Harini Sis Tina nak share dengan korang sebab mengapa hubungan yang sekian lama terjalin menjadi hambar.
1. Komunikasi
Adakah korang bosan untuk menjelaskan sesuatu kepada pasangan kerana ia hanya mengambil masa yang terlalu lama? Korang terlalu bosan untuk bercakap tentang perkara-perkara kecil kerana merasakan ia tidak penting. Atau boleh juga terjadi pada senario di mana korang bosan melaporkan setiap aktiviti kepada si dia?
2. Rutin Harian
Perhubungan korang merupakan rutin harian yang membosankan. Di mana ia sudah dapat diramal, korang tahu setiap perkara yang berlaku setiap hari dalam seminggu. Korang pergi ke kerja, keluar makan malam bersama, jika sama tempat kerja keluar lunch bersama, hujung minggu menonton wayang – setiap hari melakukan hal yang sama, tiada sedikit renggang antara korang berdua. Keadaan ini akan membuatkan korang rasa rimas, malas dan bosan.
3. Tiada Lagi Keseronokan
Cuba tanya pada diri bila kali terakhir korang berdua melakukan sesuatu yang menarik? Apabila kita berada dalam hubungan untuk jangka masa yang panjang, cuba lakukan sesuatu untuk membangkitkan kehangatan agar tidak terkubur. Mungkin boleh rancang percutian, road trips ke tempat yang baru atau adventure, kejutan candle light dinner, apa sahaja yang memberi keseronokan dalam perhubungan.
4. Rindukan Masa Bujang
Tiba-tiba korang melihat rakan backpacking, timbul rasa cemburu. Sekarang setiap kali mahu melakukan sesuatu korang perlu beritahu. Bila bujang, tidak perlu mengikut jadual orang lain dan mengubahsuai jadual sendiri untuk menyesuaikannya demi orang lain. Korang bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa sebarang gangguan dan mempunyai banyak masa lapang untuk diri sendiri.
5. Masa Berdua
Ya menghabiskan masa berdua memang baik tetapi terlalu banyak masa bersama boleh menjadi sesak dan semak. Cuba luangkan waktu dengan kawan-kawan atau dengan diri sendiri. Jadi, apabila korang bertemu pada hujung minggu, korang berdua akan teruja untuk bercakap tentang kehidupan masing-masing, di sinilah korang berasa seronok untuk tahu tahu aktiviti, perkara baru tentangnya.
Jadi, kalau sayangkan hubungan, perbaikilah ya. Jangan biarkan ia terus hambar.