Girls, ini beza sunscreen dan sunblock!
Hello girls, so korang pakai krim pelindung matahari tak? Penting tau! Tapi tu lah kalau nak beli tu, perasan tak dekat packaging tu ada 2 perkataan berbeza iaitu sunscreen dan sunblock.
Ada beza ke? Ada lah uols. Jom baca apa beza dua item ni.
1. Cara produk bekerja
Walaupun keduanya seakan sama, sunscreen dan sunblock bekerja dengan cara berbeza. Sunscreen adalah tabir suria kimia manakala sunblock adalah tabir suria fizik. Sunscreen menembusi lapisan kulit dan menapis sinar UV dari dalam agar tidak merosakkan lapisan kulit. Jika sunscreen merawat kesihatan kulit dari dalam, sunblock pula mencipta lapisan pada bahagian permukaan kulit untuk menghalang sinar UV.
2. Bahan kandungan
Bahan kandungan tabir suria menjadi salah satu penentu sama ada produk tersebut adalah sunscreen atau sunblock. Pada umumnya, sunscreen mengandungi kompaun organik yang dapat menjaga kulit daripada sinar UVA seperti oxybenzone, avobenzone, octisalate, octocrylene, homosalate dan octinoxate. Sunblock juga mengandungi bahan kimia, tapi bahan kandungan yang membezakan kedua produk ini adalah zinc oxide atau titanium oxide.
3. Fungsi
Sunscreen dan sunblock berfungsi untuk menjaga kulit daripada sinar matahari, tapi sebenarnya jenis sinar matahari yang ditapisnya adalah berbeza.
Kelebihan utama sunscreen adalah keupayaannya untuk menjaga kulit daripada sinar UVA, jenis sinar UV yang boleh mempercepatkan proses penuaan kulit dan dalam jangka lama boleh menyebabkan kanser kulit. Berbeza dengan sunblock, kebanyakan tabir suria jenis ini memberi fokus terhadap perlindungan kulit daripada sinar UVB. Ia mempunyai gelombang yang lebih pendek berbanding sinar UVA, dan disebabkan itu, tabir suria jenis kimia seperti sunscreen lebih berkesan untuk menangkis sinar UVA yang mampu menembus lapisan kulit hingga ke lapisan dalam.
Sebaiknya, pilihlah jenis tabir suria atau krim pelindung matahari jenis broad spectrum iaitu melindungi daripada UVA dan UVB.