5 tabiat ini boleh sebabkan kanser
Pastinya tiada siapa yang mahu ‘mengundang’ penyakit berbahaya ini dalam kehidupan diri, tetapi kadang kala kita sendiri tidak sedar, bahawa tabiat atau habit yang kita lakukan setiap hari bahkan bertahun-tahun boleh membuatkan diri kita berisiko menghidap penyakit kanser.
Jom semak habit ni semua, kalau ada, segera hentikan!
1. Sembelit
FYI, sejarah pesakit yang menghidapi kanser mempunyai masalah sembelit. Jangan ambil ringan kalau korang ada sembelit kerana segala toksin yang tersimpan di dalam perut tidak dapat dikeluarkan menerusi sistem biologi diri.
2. Tubuh badan berasid
Tubuh badan penuhi dengan asid juga merupakan faktor tinggi untuk diri menghidap kanser. Ini adalah kerana gaya pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan gula, tenusu, makanan bergoreng dan makanan ringan serta minuman bergas. Makanan dan minuman seperti inilah boleh mengundang kanser.
3. Masalah tidur
Biasanya ramai yang tidak menjaga waktu tidur dengan baik dan ini memberi kesan yang tidak baik pada organ dalaman seperti hati kerana hati adalah salah satu organ untuk memproses kesemua bahan dan toksin kemudian di masukkan ke dalam tangki sistem pencernaan. Dan waktu untuk hati berfungsi dengan baik adalah sewaktu kita tidur. Jadi, sebab itulah penting untuk ada waktu tidur yang terjaga.
4. Tekanan
Sering mengalami tekanan atau tertekan juga adalah salah satu faktor mengundang kepada risiko menghidap penyakit kanser. Oleh itu, pengawalan emosi diri adalah penting dan pastikan diri sentiasa berada dalam keadaan positif.
5. Banyak duduk dan tidak banyak bergerak
Kurang bergerak juga boleh mengundang penyakit kanser, ini kerana keadaan tubuh yang tidak aktif dan pasif sepanjang hari akan memudaratkan diri. Oleh itu, penting untuk korang sentiasa rajin bergerak setelah duduk terlalu lama. Lakukan sedikit senaman ringan agar tubuh menjadi aktif dan cergas.
Okay girls harap info ni bermanfaat ya.