Tanda-tanda korang belum matang
Biasanya, kalau umur dah mencecah 20-an ni, orang akan consider korang ni dah matang dan takde dah buat perangai kebudak-budakan. Tapi, betul ke korang dah betul-betul matang? Cuba check?
Haa kali ni Miss Gigi nak share tanda-tanda atau pun sifat-sifat korang yang sebenarnya menunjukkan diri tu belum matang!
1. Tidak Berani Untuk Mengaku Kesilapan Sendiri
Kebiasaannya, mereka yang matang atau mereka yang mempunyai sifat dewasa akan mengaku kesilapan yang mereka buat dan akan memperbaiki kesilapan tersebut dan bukan hanya menuding jari dan salahkan orang lain. So, kalau korang asyik salahkan orang, maka korang masih belum matang.
2. Berfikiran Sempit
Mereka yang lebih matang biasanya berfikiran lebih positif dan tidak menyalahkan orang lain. Berbeza pula dengan mereka yang tidak matang di mana mereka seperti ini biasanya mempunyai fikiran yang lebih sempit dan suka berfikiran negatif.
3. Tidak Pandai Menggunakan Kelebihan Diri
Orang yang belum matang akan mensia-siakan kelebihan diri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ia berbeza dengan mereka yang berfikiran matang di mana mereka akan menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk mencari rezeki. Mereka juga akan menggunakan kelebihan diri untuk memberi manfaat pada orang lain.
4. Tidak Tahu Untuk Kawal Emosi Diri Sendiri
Orang yang bersifat matang biasanya mereka pandai mengawal emosi dan akan sentiasa kelihatan tenang apabila menghadapi masalah. Berbeza pula dengan mereka yang mempunyai sifat belum dewasa di mana mereka akan menjadi seorang yang pemarah dan cepat putus asa apabila menghadapi masalah.
Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai sifat macam ini juga mudah berasa tertekan. Tekanan juga datang hingga sering menyalahkan diri sendiri. Ada juga yang bertukar menjadi seorang yang pembengis dan suka memarahi orang lain tanpa sebab.
5. Suka Hidup Dalam Angan-Angan
Sifat belum dewasa yang seterusnya ialah suka hidup dalam khayalan. Mereka yang suka hidup dalam khayalan ini biasanya mereka yang suka berkhayal dan seorang yang tidak mempunyai jati diri. Memang lah berangan tu percuma tapi kalau 24/7 asyik berangan aje dan tak cuba laksanakan angan-angan tu, memang tak gunalah kan.
Okay uols, kalau rasa ada sifat-sifat macam ni, cepat-cepat ubah ya!