5 barang harian yang menyebabkan jerawat
Pernah tak korang dah jaga muka betul-betul dan dah cuci muka secara rutin tapi jerawat tetap jugak muncul?
Hmm ini disebabkan oleh faktor lain iaitu barangan harian yang korang guna tau! So harini Cik Tin nak share 5 barang harian yang menjadi punca jerawat tetap jugak muncul.
1. Berus solekan
Berus solekan yang tak dicuci dan dibersihkan dengan betul boleh menyumbat liang-liang wajah korang dengan kotoran. Jadi pastikan korang bersihkan berus dengan betul.
2. Telefon pintar
Kita akan memegang telefon bimbit kita setiap masa dan ini menjadikan ia sangat mudah dihinggapi bakteria. Jadi, sentiasa lap telefon bimbit dengan tisu antibakteria ya.
3. Cermin mata
Jangan lupa untuk sentiasa membersihkan cermin mata korang. Bingkai cermin mata selalu bersilang dengan kulit wajah. Jika bingkai cermin mata kotor dengan minyak, atau sisa solekan, ia akan menyebabkan jerawat.
4. Topi keledar
Bersihkan topi keledar korang. Bakteria melekat pada topi keledar apabila korang berpeluh dan akan membuat kulit wajah mula ditumbuhi jerawat.
5. Bantal
Bantal dan sarung bantal memang senang dihinggapi bakteria. Oleh itu, cucilah kedua-dua barang ini selalu bagi mengelak tumbuhnya Miss J!