Teknik makan sihat tapi masih dalam bajet
Haa siapa kata kalau nak makan sihat ni kena berbelanja besar? Salah tu!
Makan sihat ni pun boleh je dibuat dan dalam masa yang sama, masih berjimat cermat. Harini Miss Gigi nak kongsi tips makan sihat dalam bajet okay!
1. Masak di rumah
Duhh! Ini memang kena buat sebab kita semua duduk di rumah kan hehe. Jadi, takde alasan nak melepak makan di luar! Makan di rumah jauh lagi murah daripada makan di luar. Malah, kalau korang masak makanan sendiri, ia lebih sihat sebab korang tahu apa yang ada di dalam masakan tersebut. Letaklah sayur lebih untuk feel yang lebih sihat.
2. Masak dalam kuantiti lebih dan simpan
Masak lebih ni menjimatkan tau. Jimat duit dan jimat masa. Kalau satu paket bihun tu boleh makan dua kali, goreng je sepaket terus. Lebihan tu simpan dan esoknya, panaskan semula. Miss Gigi selalu buat begini, jimat punya pasal kan!
3. Jangan beli masa lapar
Bila kita lapar ni aduhaiii semua benda nak beli betul tak. Bahaya uols, tu yang membeli benda2 mengarut tu. Sudahnya, terbuang je tak makan. Perasan tak kita tak spend banyak duit untuk puasa tahun ni? Sebab kita tak berada di bazar. Bazar tu buatkan kita lapar dan mula membeli banyak makanan yang tak mampu dihabiskan pun.
4. Beli semasa promosi
Kalau ke pasaraya tu, selalu ada promosi kan macam beli satu percuma satu. Masa ni lah korang beli lebih dan simpan. Tapi, tengok tarikh luput dulu ya, jangan main beli je.
Okay diharap tips Miss Gigi kali ni membantu uols ya. Selamat mencuba!