Kombinasi dua makanan bantu turunkan berat badan
Pernah tak korang terfikir kenapa ada dua atau tiga jenis makanan yang perlu diambil bersama? Hal ini kerana kombinasi makanan tersebut mempunyai khasiat yang bagus seperti membantu menyihatkan badan atau menyingkirkan lemak.
Haa jadi harini Cik Tin nak share kombinasi dua makanan untuk kuruskan badan! Elok sangatlah tu nak makan waktu berpuasa ni, pagi raya je terus onz cantik! Jom cuba.
1. Sayur + Telur rebus
Menurut kajian, telur membantu penyerapan carotenoids (pigmen yang memberikan warna kepada sayuran). Carotenoids bukan sahaja mencegah kenaikkan berat badan tetapi melindungi kita daripada kehilangan penglihatan dan kanser. Bukan itu sahaja, ia juga baik untuk kulit yang licin. Selepas ini, jangan lupa tambah telur rebus dalam salad korang tu!
2. Tuna + Halia
Kalau makan tuna tu, jangan lupa tambahkan halia. Halia membantu mengurangkan gas dalam tubuh seperti gastrik dan pedih hati. Tuna pula mengandungi kebaikan Omega-3 yang menghalang pembentukkan lemak di bahagian abdomen.
3. Bayam + Avokado
Dua sayuran dan buah ini membantu mengawal nafsu makan korang! Wow! Avokado membantu mengawal kadar kolestrol dan kaya dengan vitamin B dan E juga kalium (potassium). Bayam pula berkhasiat dan rendah kalori. Bila gabung = kurus! Hehehe.
4. Kentang + Serbuk Lada
Kentang lebih kenyang daripada gandum penuh. Malah ia kaya dengan kalium. Kalau korang nak mengawal berat badan, hidangkan kentang rebus atau panggang tanpa keju dan mentega. Kemudian taburkan serbuk lada kerana ia mencegah pembentukan sel lemak baru. Rasanya pun sedap!
5. Kopi + Serbuk Kayu Manis
Kayu manis mengandungi ejen antioksidan yang mengurangkan lemak di perut, manakala kopi pula mengurangkan nafsu makan. Kombinasi yang sempurna ini boleh dihidangkan waktu pagi untuk segarkan mata korang dan sambil-sambil tu boleh kawal berat badan.
Just in time kan tips ni semua untuk tolong kita semua kurus sebelum raya. Selamat mencuba!