Senangnya, buang tartar gigi guna bahan dapur je!
Korang ada tartar pada gigi tak? Haaa cuba check.
Tartar gigi atau kalkulus merupakan plak gigi yang telah mengeras, ianya terjadi kerana lapisan bakteria yang melekit dan tidak berwarna terbentuk di permukaan gigi.
Tartar gigi ini terkumpul di permukaan gigi dan mengeras, biasanya tartar gigi ini bukan saja berada di permukaan gigi, ia juga boleh berada di lidah, gigi palsu, sekitaran tampalan gigi, korona dan celah-celah gigi.
Tartar ni ada kesan buruknya tau pada kesihatan tapi ia boleh dihilangkan dengan 3 kaedah mudah! Jom tengok.
1. Serbuk Penaik Dan Garam
Untuk pengetahuan kamu semua serbuk penaik memberi kesan sebagai antibakteria dan dalam masa yang sama ia juga boleh memutihkan gigi.
Caranya:
- Ambil satu sudu serbuk penaik dan secubit garam.
- Kemudian gaul rata kedua-dua bahan ini dan taburkan serbuk ini ke atas berus gigi atau di atas ubat gigi.
- Lakukan kaedah ini seminggu sekali sahaja.
Kulit Buah Oren
Kalau korang kupas buah oren jangan dibuang kulitnya, kerana kulit buah oren boleh digunakan bagi menanggalkan tartar gigi!
Caranya:
- Kupas kulit buah oren, ambil kulit buah kemudian gosok gigi menggunakan kulit buah oren selama 2-3 minit dan biarkan seketika.
- Korang juga boleh jadikan kulit buah oren menjadi pes dengan mengisar kulit buah oren sehingga hancur menjadi pes dan kemudian sapukan pada permukaan gigi.
- Kemudian basuh mulut dengan menggunakan air suam. Ulang kaedah ini 3-4 kali seminggu.
Jus Buah Lemon
Asid yang terkandung dalam buah lemon mampu menanggalkan kerak-kerak keras tartar gigi, dengan cara ini bukan saja tartar gigi akan hilang malah gigi juga menjadi putih dan kuat.
Caranya:
- Perah buah lemon sehingga menjadi jus ke dalam cawan.
- Kemudian ambil berus gigi dan rendam berus gigi ke dalam cawan berisi jus buah lemon. Dan biarkan seketika.
- Setelah itu, gosok gigi menggunakan berus gigi yang telah di celup dengan jus lemon. Selesai gosok gigi, biarkan gigi selama satu minit sebelum bilas dengan air.
- Ulang kaedah ini tiga kali seminggu dan tartar akan hilang.
Jadi apa tunggu lagi, jom hilangkan plak gigi yang keras (tartar gigi) dengan tiga kaedah di atas. Lepas ni jangan malas gosok gigi sehingga plak gigi berkumpul dan mengeras!