Jangan minum air putih yang terdedah! Ini sebabnya…
Pernah tak korang nampak air atas meja yang dah terbiar lama tapi sebab korang haus sangat, korang minum je?
Hmm bahaya sebenarnya tau minum air terdedah lama ni tapi ramai tak tahu kenapa. Hari ni Cik Tin akan share dengan korang kenapa bahaya minum air terdedah lama.
Boleh Jatuh sakit Jika Kongsi Air Minuman Lama
Air terdedah mengandungi bakteria. Tetapi jangan risau ianya adalah bakteria yang terdapat pada mulut korang sendiri dan ia tidak menyebabkan risiko penyakit apa-apa. Tapi, yang jadi isu ialah kalau orang lain pun minum air yang sama! Ini menyebabkan korang sama-sama berpotensi dijangkiti kuman yang ada pada air tersebut.
Boleh Dapat Penyakit E. coli Kalau Tak Berhati-hati!
Kalau korang gemar meminum air dalam botol, pastikan korang berhati-hati ketika membuka penutup botol tersebut jangan sampai jari terkena pada mulut penutup botol. Korang kena tahu jari merupakan kawasan yang banyak kuman dan bakteria, malah bakteria seperti E. coli juga berkemungkinan terdapat pada jari.
Perut Boleh Jadi Cramps
Kalau korang minum air putih lama yang terbiar, korang akan mula rasa perut menjadi kejang atau cramps dalam tempoh 48 jam. Kalau korang mengalami tanda seperti ini setelah minum air tersebut, ini bermakna air tersebut telah mengandungi bakteria dan korang mungkin harus mendapatkan rawatan di hospital jika ianya serius.
Rasa Seperti Ingin Muntah Dan Pening
Kalau korang mengalami tanda-tanda seperti ini selepas minum air terbiar, segeralah dapatkan rawatan dari doktor takut dikhuatiri akan melarat. Ini bermakna air tersebut telah ditumbuhi dengan bakteria yang boleh menyebabkan korang jatuh sakit.