Tips kulit kekal segar sepanjang Ramadhan
Bila bulan Ramadhan je, mesti ramai yang akan nampak lesu dan letih sebab berpuasa seharian kan. Hal ini disebabkan oleh kurang minum air waktu siang.
So, kulit pun jadi dehydrated. Macam Cik Tin, Cik Tin akui Cik Tin memang akan cari air manis masa berbuka puasa, jadi memang lagi kuranglah minum air putih.
So, korang yang nak jaga kulit masa Ramadhan ni, jom follow tips ni okay.
Pastikan air putih cukup untuk badan
Jangan hindari minum air putih tau. Minumlah banyak2 masa berbuka dan sahur walaupun tak haus. Air ni bantu metabolisme badan dan proses penggantian sel sehingga menjadikan kulit nampak segar dan anjal.
Makan sayur dan buah secara seimbang
Banyakkan makan sayur semasa sahur dan sebelum tidur supaya vitamin dan khasiat buah-buahan itu boleh menghalang daripada kulit menjadi kering.
Jangan tinggalkan pelembap wajah
Jangan malas pakai moisturizer korang tu okay kalau tak muka memang kering dan kusam. Sapukan pelembap secara rutin dan untuk badan pulak pakai losyen badan secara kerap.
Elakkan terlalu banyak berada di luar
Haa yang ni Cik Tin rasa takde masalah ko musim ni hehe sebab kita sedia maklum PKP dilanjutkan dan semua orang boleh duduk rumah je. Jadi, kekal duduk di rumah ya.
Sering berwuduk
Bila kita ambik wuduk, kulit kita akan dibasahi air dan ia menjadikan wajah lebih segar dan lembap. Takdelah nampak kusam sangat kan.
Elakkan duduk terlalu lama dalam aircond
Aircond memang mengeringkan kulit. Kalau boleh, elakkan berada terlalu lama dalam aircond. Kalau terpaksa, korang boleh pakai pelembap dengan kerap dan jugak sembur wajah dengan face mist.
Okay uols selamat mencuba! Jaga diri ya sepanjang Ramadhan ni, kekal selamat di rumah!