Tanda-tanda Produk Wajah Tak Sesuai Dengan Korang
Produk penjagaan kulit ni harganya bukanlah murah dan kita ni bukan perlukan satu produk aje tapi banyak produk untuk memastikan kulit tu kekal cantik.
Tapi tu lah, bukan semua produk berkesan dan paling menyakitkan hati kalau dah beli mahal-mahal tapi muka tu bukan makin elok tapi makin teruk pulak.
Haaa tu tandanya produk tu tak sesuai dengan kulit. Tak boleh nak buat apa lah uols, terpaksalah buang dan beli produk baru! Meh Miss Gigi kongsi apa lagi tanda2 produk tak sesuai dengan kulit korang.
1. Timbul jerawat
Ini salah satu masalah paling umum yang timbul bila kamu menukar perawatan kulit. Menurut pakar, kulit wajah memerlukan kira-kira dua hingga tiga minggu untuk adapt dengan produk baru, maka jerawat yang timbul akan hilang selepas itu. Tapi kalau breakout yang muncul agak teruk, kulit korang sedang memberi petanda.
2. Kulit terlalu berminyak
Kadangkala, produk yang sepatutnya mengurangkan pengeluaran minyak boleh menyebabkan sebaliknya. Tambahan, membilas wajah dengan air panas juga boleh membuatkan kulit kering dan merangsang kulit untuk menghasilkan minyak secara berlebihan. Penyelesaian untuk kulit berminyak? Elakkan moisturizer jenis krim dan pilih produk bersifat gel atau yang mengandungi hyaluronic acid.
3. Kulit bengkak atau gatal
Adakah benjolan kecil berwarna putih atau merah timbul di kulit? Bila kulit korang alergik terhadap salah satu kandungan dalam produk skincare, pori-pori boleh tersumbat dan menimbulkan bintik atau menyebabkan gatal-gatal.
4. Kulit kering dan mengelupas
Terlalu kerap menggunakan produk skincare yang kuat formulanya boleh membuat kulit kering dan pecah-pecah. Bila korang gunakan produk dengan exfoliant (bahan penghakis), Vitamin A atau alpha-hydroxy acids (AHA), hadkan satu hingga tiga kali seminggu saja. Sebaiknya, gunakan dahulu moisturizer kerana kulit kering mudah terdedah kepada jangkitan bakteria.
5. Kulit terasa panas
Jika korang merasakan sensasi panas, bengkak atau gatal setelah mengaplikasikan produk skincare, ini bermakna kulit korang sensitif terhadap salah satu kandungan dalam produk tersebut! Stop pakai, bilas dengan air bersih, dan sapukan moisturizer untuk menenangkan kulit. Pakai hydrating gel macam aloe vera gel pun okay.
Perhatikan semua tanda ni tau girls. Kalau ada, maka kena terus berhenti gunakan produk tersebut ya.
Saya pakai moisturizer beberapa hari lepas, lepastu naik jerawat d pipi dan dagu . Itu kira tanda kulit tidak sesuai dengan skincare ke??
Kulit tunjukkan reaksi purging (detoks kulit) tu sebenarnya normal je kalau sis tukar skincare sebab kulit sis baru je nak sesuaikan dengan skincare baru tu.
Jadi, saranan kami kalau sis nak teruskan guna boleh je cuma kurangkan kuantiti dan kekerapan guna.
Contoh kalau sebelum ni pakai 2 kali sehari, boleh tukar jadi sekali sehari atau selang 2 3 hari.
Tempoh purging ni biasa ambil masa dalam sebulan. Tapi bergantung pada individu jugak.
Kalau jerawat tu naik dekat tempat yang tak pernah naik jerawat sebelum ni, mungkin produk tu tak sesuai dengan kulit sisi.
Atau lebih baik, sis boleh dapatkan nasihat daripada doktor.
Dear admin,
Jika kita pakai produk wajah yg pada awalnya menyebabkan kita rasa rengsa (gatal), adakah itu maksudnya produk tersebut tak sesuai?
Sy ada pakai 1 produk ni, bila mula apply, ada rasa gatal. Akan tetapi bila dah pakai moisturiser & UV cream, ianya beransur hilang dlm 1-2 jam selepas itu.
Boleh ke kiranya sy dptkan pencerahan tentang hal ini?
Terima kasih ye.
hi dear. biasanya kalau macam tu dia panggil healing crisis yang mana boleh je u cuba continue tapi kena monitor progress. kalau rasa tu makin lama makin teruk, u boleh refer doktor untuk pencerahan lanjut. biasanya proses ni dalam seminggu dua
Saya guna Garnier sebelum ni tapi lepas tu saya tukar essence saya , saya guna jenama Wardah awal pemakaian okay jak tpi lepas dua hari asal guna essence tu jer mesti muka panas dan pedih itu maksudnya tak ngam ke ?
Tak normal sebenarnya kalau kulit muka rasa pedih dan panas bila pakai skincare. Mungkin ada bahannya yang tak sesuai dengan kulit u. Ada setengah orang kulit muka dia ‘kuat’ tapi ada juga yang sensitif.
Contoh bahan yang boleh buat kulit sensitif jadi gatal ialah alkohol, essential oils and fragrance. Better u check balik bahan dia dan stop pakai buat sementara waktu. Betulkan dulu skin barrier dan baru pakai semula.
Kalau lepas tu masih lagi rasa sama, baiklah stop terus. Maknanya produk tu memang tak sesuai dengan u.
Saya baru start skincare bulan lepas tapi saya perasan kulit saya semakin burn dan agak kusam , adakah saya patut stop dulu atau teruskan ?
Hi miss , sy baru start pakai moiturizer , selepas apply tu skin saya jadi gatal² tapi lama² gatal tu hilang , apa maksudnya ya miss ?
Hi Annur. Ketika gunakan skincare baru, kulit akan perlukan masa untuk beradaptasi dan pada fasa ini akan ada reaksi purging dan breakout.
Yang Annur alami mungkin purging sebab reaksi ni hilang bila beberapa ketika. Dan pada ketika ini, ia masih selamat digunakan.
Berbeza dengan breakout yang bereaksi bila kulit muka tak sesuai dengan produk tu dan menyebabkan iritasi berlebihan seperti jerawat pada kawasan yang tak pernah pun naik jerawat sebelumnya. Untuk fasa ini, lebih baik hentikan penggunaan produk.