Lelaki iklan kan diri, cari teman wanita bebas virus
Korang rasa masa musim Covid-19 ni sesuai ke tak nak cari cinta? Yelah kita kena buat social distancing dan sebagainya kan, macam mana nak cari pasangan hidup dan berdating ye dok?
Tapi ada seorang lelaki dari New York ni yang nak cuba nasib cari girlfriend dalam musim Covid-19 ni! Dia berbuat begitu dengan mengiklankan dirinya menerusi satu flyer dan menampalnya di sekitar Central Park.
Wah, kreatif betul!
Dekat situ, lelaki yang dirahsiakan identitinya itu menulis dia merupakan seorang lelaki yang sihat, berpenampilan menarik, kerja bagus dan berusia awal 30-an.
Kriteria wanita yang dicari pulak haruslah sihat, bebas kuman dan juga bersih.
Adoi tergelak Miss Gigi baca sebab memang dia ni tak pandang kriteria lain dah di kala Covid-19 ni! Asalkan bebas virus gituuu.
Kata lelaki tersebut, dia memang single pun sebelum lockdown bermula dan bila dah start lockdown, dia jadi tertanya2 bila agaknya dia boleh jumpa kekasih hati.
“Bila dah social distancing ni, memang susahlah nak jumpa pasangan hidup sebab kita semua kena pakai mask dan tak boleh didekati.
“Saya juga tiada masa nak dating secara kasual. Saya mahukan hubungan yang lama dan juga eksklusif,” katanya.
Kata lelaki itu juga, dia lebih memilih untuk cari jodoh menggunakan flyers berbanding aplikasi dating.
“Cara ini lebih khusus targetnya dan saya akan jumpa orang yang sama-sama suka berjogging seperti saya.
“Kalau di aplikasi jodoh, mungkin saya akan jumpa dengan mereka yang bukan duduk di kawasan ini dan juga mereka yang menyamar. Cara ini lebih baik kan?” katanya.
Haaa apa pendapat korang? Ada ke yang nak guna cara ni? Mana tahu dapat jodoh kan, takdelah sunyi je dalam lockdown.