Rahsia kecantikan Cleopatra yang masih diamalkan sehingga kini
Siapa je tak kenal dengan ratu Mesir yang sangat popular ni iaitu Cleopatra. Cleopatra ni dikatakan memiliki kecantikan yang sangat memukau dan memang menjadi kegilaan lah dulu.
Ketika hayatnya, Cleopatra dikatakan amat berdisiplin dalam mengamalkan pelbagai rawatan kecantikan yang menjadi rutin hariannya. Tidak hairanlah, Cleopatra dianggap perintis dalam inovasi amalan kecantikan moden hari ini, meskipun hidup lebih beribu tahun dahulu.
Tapi, korang tau tak banyak rupanya rutin kecantikan Cleopatra ni yang masih diamalkan walaupun zaman serba moden dah ni. Jom tengok!
Mandi susu
Kaedah ini dikatakan antara rutin kecantikan Cleopatra yang paling popular. Asid laktik daripada susu berupaya mengelupas dan memulihkan kulit, sekali gus menjadikan kulit lebih halus dan cantik. Nak kulit mulus, mandi susu!
Pupur muka daripada susu dan madu
Madu mempunyai khasiat bagi melembapkan kulit dan Cleopatra dikatakan sering menggunakan pupur yang diperbuat daripada campuran susu dan madu untuk mencantikkan kulit muka.
Inai
Cleopatra dikatakan suka melukis inai pada tangan dan kakinya. Ada juga yang berpendapat, Cleopatra menggunakan inai merah pada bibirnya supaya kelihatan sentiasa merah dan menarik. Inai mempunyai kuasa pemulihan yang amat baik untuk kulit bermasalah, malah lukisan inai pada tangan dan kaki masih diamalkan masyarakat moden khususnya di Malaysia untuk majlis perkahwinan atau untuk hari biasa.
Rawatan emas
Cleopatara gemar menggunakan pupur emas diperbuat daripada emas 24 karat. Rawatan muka menggunakan ekstrak emas 24 karat dikatakan merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan garis halus dan berkilauan. Memang kulit flawless lah lepas buat rawatan ni.
Celak
Siapa je tak tau signature look Cleopatra iaitu mata yang dipenuhi celak. Solekan berkenaan yang begitu sinonim dengan gaya Cleopatra dikatakan bukan sahaja untuk mencantik mata, tetapi juga mempunyai kesan yang baik pada kesihatan mata.
Okay so ada yang berminat ke nak cantik macam Cleopatra? Bolehlah amalkan tips ni semua ya.