5 kesilapan semasa mencuci muka
Dalam rutin penjagaan wajah, mencuci muka merupakan step paling asas namun ramai yang ambil mudah. Cik Tin pun sama sebab lebih fokus pada rutin penjagaan yang lain hehe.
Kalau nak make sure muka korang betul2 bersih dan ready untuk step seterusnya, korang kena basuh muka betul2 tau. So jom kita tengok apa kesilapan asas yang selalu orang buat bila mencuci muka.
Terlalu kerap mencuci muka
Muka perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum tidur. Kebanyakan wanita mencuci muka mereka berkali-kali. Mereka beranggapan bahawa ia dapat membuat muka menjadi lebih bersih. Salah! Malah, ia membawa kepada kulit yang kering dan iritasi boleh terjadi.
Jangan terlalu kerap membasuh muka kerana minyak semula jadi yang ada pada muka yang membantu melembapkan kulit akan terhakis.
Mencuci muka dengan tangan kotor
Ramai yang mengabaikan amalan ini kerana berpendapat tangan yang dibasahi dengan air sudah cukup bersih. Tangan kotor yang terus bersentuhan dengan kulit wajah akan memindahkan kuman-kuman terus ke muka kita. Ini kerana tangan adalah anggota badan yang paling berpontensi terdedah dengan jangkitan kuman.
Suhu air yang salah
Mitos mengatakan bahawa membasuh muka dengan air panas berupaya membuka liang pori dan kemudian membilas muka dengan air sejuk. Tidak! Sebaliknya air panas akan menyebabkan salur darah dalam kulit berkembang serta menyebabkan tisu lembut pada kulit koyak lebih-lebih bagi kulit sensitif.
Selain itu, ia akan membuang minyak semula jadi yang ada pada kulit wajah dan menyebabkan kulit gatal, kering dan rapuh. Seeloknya, gunakan air suam atau sejuk untuk mencuci muka.
Lap muka dengan tuala badan
Berkongsi tuala badan dan muka adalah perkara yang perlu dielakkan. Walaupun kita beranggapan bahawa badan kita cukup bersih selepas mandi, sebenarnya tidak. Ada bakteria yang tinggal di kawasan yang berbeza pada tubuh kita dan boleh merebak ke muka. Seeloknya beli tuala yang berasingan untuk mengelap muka.