Kulit breakout masa kuarantin? Ini sebabnya
Hi girls. Cik Tin perasan, kulit Cik Tin mula berjerawat dan breakout teruk masa kuarantin ni. Siapa lagi yang macam Cik Tin angkat tangan?
Haih Cik Tin pun peninglah. Apa agaknya sebabnya ya? Salah makan ke? Hmm rasanya makan benda sama je selalu. Jom kita tengok faktor2 yang boleh menyebabkan kulit berjerawat masa kuarantin ni.
Stress
Apabila tubuh kita stress, ia akan mengeluarkan kortisol – apabila kortisol tinggi, pengeluaran oestrogen akan rendah. Disebabkan oestrogen kita menurun, maka androgen (hormon seks lelaki) menjadi banyak dan ia akan menghantar isyarat kat kelenjar sebaceous yang menghasilkan banyak minyak. Bila minyak banyak, jadi apa uols? Jadilah breakout! Duduk rumah ni pun stress jugak, yelah tak boleh keluar, tak boleh shopping baju dekat kedai, tak boleh lepak dengan kawan2, rindu boyfriend lagi. Eh? Hehe takpe uols sikit je lagi okay!
Kebersihan
Rasa-rasanya dah berapa lama tak tukar cadar tu since kuarantin? Haaa kebersihan ni memainkan peranan penting tau nak maintainkan kebersihan kulit. Kalau spring cleaning rumah tu, jangan lupa bersihkan daripada habuk semua ya.
Skip penjagaan muka
Alamak, Cik Tin rasa Cik Tin bersalah lah uols sebab skip skincare routine. Biasanya, kalau pagi2 tu, Cik Tin akan buat skincare routine lengkap sebelum tepek mekap dan keluar ke pejabat. Tapi, kalau dah duduk rumah, tak perlulah mekap kan jadi tanpa sedar terskip jugak rutin asas penjagaan wajah. Hmm tak bolehlah macam tu kan. Waktu ni lah kena jaga wajah dan maintain kecantikannya.
Makan makanan tak berkhasiat
Banyak makan junkfood sambil layan drama Korea ke uols? Haaa situ dah silap dah! Junkfood ni memang punca kepada masalah jerawat tau. Jadi, masa tengok oppa korang tu, pilihlah makanan yang berkhasiat macam kekacang ke, yoghurt ke atau minum teh panas. Barulah kulit pun cantik macam pelakon Korea tu!
Haaa girls Cik Tin dah kongsi dah ni sebabnya. Duduk rumah pun, kulit kita boleh mengumpul kotoran tau! So marilah kita sama-sama jaga muka kita ya.